Tuesday, December 29, 2009

Permata Ayah Bonda

Permata Ayah Bonda
Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara

Ingat lagi dulu..masa mula-mula jejak kaki ke UTM Jun 1998, biasa la pelajar baru mesti kena lalui minggu orientasi...Di UTM masa tu, ia dinamakan Minggu Haluan Siswa (MHS)...Masa tu kat Kolej Tun Fatimah (KTF) atau nama lamanya Kolej 2 atau Kolej Belian, sepanjang MHS ni memang sentiasa diputarkan lagu nasyid Permata Ayah Bonda ni...Masa ni punya la syahdu..asik teringat kat parents jerla..maklumla baru 1st time duk hostel, jauh plak lagi....masa form 4 masuk MRSMPC sekejap sangat, terus nak balik...so terpaksala keluar dari situ...ntahla kenapa masa tu tak bleh duk hostel..rase sakit jer...mungkin masa tu mainan perasaan je kot...yang lebihnya sebab manja la agaknya...

So masa hantar ke UTM tu, nampak la mata mak berkaca, sedihla agaknya nak tinggalkan anak bongsu dia...Pesan mak "kali ni kena tahanla duk asrama jauh2 ni, kalu tak tahan jugak lepas ni tak bleh study dah la"...Alhamdulillah, boleh survive, maklumla masa tu pun dah matang..Setiap kali teringat kat mak & ayah...bolehla pergi telefon...pastu kat bilik layan la lagu-lagu nasyid yang berunsurkan ibu bapa...seperti Permata Ayah Bonda, Terima Kasih Ibu Ayah, Ayah Ibu dan macam-macam lagi la lagu-lagu nasyid yang sewaktu dengannya..

Kini, mak dah pergi buat selama-lamanya..benar, lepas sebulan pemergiannya, makin terasa kehilangannya...Kalau sebelum ni, seminggu atau 10 hari sekali mesti telefon dia...bercakap panjang lebar....tapi kini...kalau terasa rindu padanya....tiada lagi telefon yang boleh menghubungkan aku dengannya....hanya doa dan airmata...Al-Faatihah...

Saturday, December 26, 2009

...Back To QA...

Baru balik dari UniKL CQA Retreat 2009 @ BellaVista Hotel, Langkawi. Retreat tu started from 22nd December till 24th December 2009. Program full tapi tak stress sangat pun...Macam biasala, Audit Post mortem, development of SOP, pembentangan budget 2010, pembahagian tugas Executive QA, meeting CQA dan program2 sepanjang tahun 2010 akan datang...

Agaknya memang dah ditakdirkan Allah S.W.T post yang sesuai untuk aku adalah QA kot...Dah elok2 handle Admission & Records kat MIMET, tetibe je diarahkan kembali ke QA, walaupun belum ada official letter from HR, tapi InsyaAllah bulan Januari 2010 ni bermulalah tugas baru...

Suspen jugak nak ambik alih QA ni...Walaupun ni adalah kali ketiga pengalaman sebagai QA...tapi ketiga-tiganya membawa tugas yang berbeza. 1st job masa kat D'Aquarian Services (M) Sdn. Bhd. Seri Manjung dari 2004 till 2006 dulu, memang position as QA Executive. Masa tu skop kerja QA adalah untuk buat inspection kat spare part yang telah direpair oleh Technician...Kebanyakannya adalah equipment untuk communication system in the ship seperti radar & transceiver..Masa ni bukan terer sangat pun, maklumla baru 1st experience kerja...Yang terer adalah technician2 yang buat repair tu, yang terdiri daripada ex2 navy yang memang banyak experience...Credit to them!!! Pastu company kecik, memang banyak benda yang kena buat...masa tu company tengah plan untuk dapatkan ISO certification, so kena involve jugak dalam aktiviti membuat procedures, audit dan sebagainya...selain tu ada la jugak kena prepare tender, buat finance report pun pernah jugak..

Bila berhenti kerja dari company tu untuk pindah ke KL, nampak la iklan position QA Executive kat UniKL BMI. Requirement dia masa tu memang nak orang engineering, ada experience ISO. So, saja la try apply...Alhamdulillah dah rezki, dapat la pulak...Kat BMI memang tugas penuh jadi document controller untuk ISO...memang banyak jugak kerjanya especially on documentation, audit and customer satisfaction... Alhamdulillah dapat jugak buat tugas tersebut dengan jayanya...From 2006-2008.

2008, dapat transfer ke UniKL MIMET...Alhamdulillah walaupun punya la susah process nak transfer tu, tapi dapat jugak selepas lebih kurang setahun apply. Masa tu tak kira la nak bagi post apa pun, asalkan dapat transfer balik ke Seri Manjung...Kat MIMET memang dah ada QA Executive, and memang belum dapat ISO certification lagi...QA focus on Academic process. Mula2 HR kata nak suh handle Exam Unit + prepare untuk ISO, last2 diletakkan kat Admission & Records sebab kebetulan executive A&R nak berhenti....So terpaksa la buat kerja2 baru lagi...Walaupun sebelum tu tak pernah langsung involve dengan system yang digunapakai untuk A&R...memang tak pernah gi training or guna pun system tu and staff sebelum tu pun tak sempat hand over sepenuhnya before berhenti...Tapi sebab dah diamanahkan, kita cuba la buat yang terbaik...Alhamdulillah dapat juga selesaikan tugas2 yang diberi...


Kerja-kerja A&R ni best jugak.. Seronok dapat buat pemilihan student, kenal dengan student & parents diorang sebelum diorang masuk UniKL, organize registration day memang buat kita rasa happy. Tup-tup dalam bulan 10 hari tu, terdengar pulak desas-desus nak kena pindah ke Unit QA...sebab Executive QA yang asal promoted ke Academic Affairs... Nak duduk kerusi panas QA memang bukan calang-calang orang sebab kerja QA memang agak mencabar dan workloadnya agak banyak...QA di sini banyak involve dengan academic process seperti process nak dapatkan kelulusan untuk mengendalikan program, akreditasi dari MQA, external examiner untuk program, control of curriculum structure dan sebagainya...Dulu2 ada la jugak involve sket2 dengan benda2 ni masa kat BMI, tapi masa tu focus lebih kat ISO. So, again, tugas QA yang bakal diambilalih ni adalah tugas baru... Harap2 dapatla buat yang terbaik...InsyaAllah kat mana pun kita duduk, apa pun tugas yang diberi, kalau kita kerja dengan ikhlas kerana Allah, pasti akan ada balasan yang setimpal...

Balik ke progam retreat kat Langkawi nun, memang seronok juga sebab sambil kerja boleh jalan2... CQA siap allocate kan satu bilik untuk setiap peserta, so senang la sape2 nak bawak family...So cam biasala angkut skali la dua puteri kesayanganku... tapi lagi syok kalau hubby ada skali, bleh la cuti-cuti, takyah la angkut bibik..Actually ni kali ke 3 jejak kaki ke Langkawi, 1st masa tahun 1995 kot, 2nd time 2004, g bersama2 dengan family kakak & arwah mak skali...

Bella Vista Hotel yang boleh tahan...



Kami bertolak from Manjung 22 Dec jam 5.30 pagi, naik van MIMET, driver hantar ke Kuala Perlis...Kebanyakan peserta from campuses lain naik flight jer...Program bermula malam, kami sampai tengahari...pas check in jer relax2 dulu..penat bangun awal sangat...belah petang tu terus jalan2 kat dataran helang...

"Burung Belang-belang"....Kata Hana...



2nd day, program start at 8.30 a.m...Sume semangat berkobar2 nak siapkan cecepat setiap sessi sebab tak sesabar nak gi jalan2...Tapi masing2 memang fokus masa setiap sessi...syabas to all QA's...memang sesuai la dengan title masing2 sebagai orang yang jaga kualiti...hehehehe...petang jalan2 lagi..biasa la msti kena pegi tempat favourite orang pompuan iaitu Idaman Suri...Tak beli pun pinggan mangkuk, just usha dulu....beli sket coklat & beg comel untuk anak-anak jer...Pastu g ke Kedai Coklat Haji Ismail Group (HIG), baru la borong coklat macam2...yummy...

Chocolate Heaven...



Last day...program macam biasa cuma abis awal sket sebab banyak benda yang dapat disetelkan awal...apa lagi, terus la checkout awal-awal then jejalan ke Pantai Chenang...pastu g kedai pinggan mangkuk HIG, beli la satu dinner set & casserole...kena bli troli kecik untuk angkut barang...petang kul 5.30 baru naik feri..sampai kuala perlis driver MIMET dah tunggu...dalam pukul 11 malam baru sampai Manjung..Alhamdulillah..

QA Team yang sporting & supportive...



More pictures @ Facebook

Sunday, December 20, 2009

Cameron Oh Cameron

Tahun ni boleh la dikategorikan sebagai 'Tahun Melawat Cameron Highlands' kot bagi aku...mana tak nya..tahun ni aje 4 kali aku naik ke Cameron untuk tujuan berbeza...

Actually mula jatuh chenta dengan Cameron ni since 2007...masa tu abang kesayangan aku Dr Rosli convo kat USM (Pakar ENT), so balik dari convo tu dia organized family trip to Cameron Highlands...sewa Banglo @ Rumah Peranginan Persekutuan...Banglo ni memang besar & selesa, tapi sewanya murah..tapi bukan sebarang orang yang bleh sewa banglo tu...ikot kategori jugak la dalam perkhidmatan awam...ada jugak bilik biasa & apartment...tapi yg pasti kena booking awal sebab sentiasa full....Masa tu memang seronok sangat sebab adik beradik ramai yang join, termasuk la arwah mak yang sangat teruja bila tengok sayur-sayur segar, bleh pluck sendiri lagik...So apa lagik siap buat steam boat sendiri la kat banglo tu...Masa tu aku prgnantkan Hana dah masuk 8 months..so memang tak daya la nak jalan sangat...orang gi petik strawberry aku tido jer kat banglo...hehehe...Sejak tula mula suka dengan Cameron ni..padahal b4 tu dah bertahun duk kat Lumut tak pernah la plak terfikir nak jejalan kat Cameron...Masa 2007 tu still stay kat KL...



Last year, 2008 plak...tetiba je rase nak g Cameron jugak masa weekend...Kebetulan pulak masa tu kakak kesayangan aku, Dr. Hanisah yang tengah buat Pakar Psikiatri skarang ni kena keje kat Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ipoh...Masa tu dia stay kat Ipoh dengan anak-anak & maid dia jer...sebab hubby dia bertugas kat HUSM Kubang Kerian...So aku & hubby pun jemputla kakak, anak-anak & maid dia...naik la ke Cameron lagik...Masa tu hari Sabtu, stay kat Country Lodge Apartment kat Brinchang...syok jugak jalan2 kat pasar malam Brinchang tu...walaupun masa tu musim ujan, pelancong tetap ramai...



Tahun ni pulak..tak disangka-sangka 4 kali dah ke Cameron Highlands...Yang 1st aritu rasenya pernah dah citer kat entry before ni...Masa tu memang saje gi bercuti dengan hubby & anak-anak...



Then tetiba kat office plak...masa meeting decided nak kena buat curriculum review workshop untuk program2 yang ada secepat mungkin...kami di Academic Affairs & QA ditugaskan untuk jadi secretariat...the participants adalah lecturers...So, kami pun pergi la survey tempat yang sesuai...0n 12th November aku, kak rena & mona ke Cameron untuk survey hotel-hotel...sempat la jugak gi jalan2 & beli sayur jap...



Pastu...on 14th November lepas, UiTM plak organized XPDC gunung brinchang untuk student out campus...mulanya tak confident gak nak panjat gunung..maklumla b4 ni mana ada xperience..bukan tak minat tp tak berpeluang..zaman skolah dulu pun bukan ada aktiviti2 lasak..maklumla skolah arab kan...& yang tak disangka2, dapat jadi 1st lady yang sampai puncak!!!Congrates to myself...hehehe...yang sampi 1st lecturer yg bawak ktrg naik..memang dia biasa panjat gunung la...& 2nd pun lecturer UiTM gak...3rd person adalah aku...huuhuhu..



Last skali...0n 14th-17th December, panjat lagik Cameron untuk curriculum review workshop tu....tempat yang kami pilih adalah Star Regency Hotel, betul-betul kat tengah pekan Brinchang tu, opposite the tapak pasar malam...memang best & strategic sangat tempat dia...& yang best sebab musim cuti skolah so pasar malam memang ada tetiap hari....ramai jugak participants yang bawak family....overall memang o.k la tempatnya dengan budget yang terhad kan...workshop jugak berjalan dengan lancar...Alhamdulillah sume participants begitu bersemangat dan komited...Kalo nak tgk pics, banyak upload kat FB...



Syabas & Tahniah to all MIMETian...cuma pasni banyak lagik la keje nak kena setel...tapi takper...yang penting kita kerja kerana Allah..dengan niat yang ikhlas...insyaAllah ada ganjaran yang akan menanti..tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, di sini atau di akhirat kelak...

Saturday, December 19, 2009

Masa Itu Emas...Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H

Sedar tak sedar...Masa berlalu dengan begitu pantas...Kita sudah berada di tahun baru Kalendar Islam...1431H...dan 2 minggu lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi 2010 pula...Dan, seiring dengan peredaran masa, usia kita juga makin bertambah tanpa kita sedari sebenarnya...dan begitu jugalah...terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup kita seusai peredaran masa...ada kisah suka, duka, sedih, gembira, kejayaan dan kegagalan yang bersilih ganti...Sedarkah kita, semua pengalaman yang kita lalui ini adalah episod pembelajaran yang mematangkan kita...

Kadang-kadang, kita begitu asyik dan leka dengan kehidupan dunia yang penuh warna, kita begitu sibuk mengejar urusan dunia, harta kekayaan dan kebendaan, kita begitu bangga bercerita tentang kehidupan dunia yang indah-indah yang pernah kita lalui...Lalu, pernahkah kita muhasabah diri sambil mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH Subhanahuwataala di atas segala yang telah kita lalui...Pernahkah kita insafi tentang segala yang kita miliki itu adalah datang daripadaNYA...atau kita hanya mendabik dada dan bangga dengan kejayaan dan kekayaan yang kita perolehi...sehingga kita hampir-hampir lupa kepadaNYA....

Semoga kehadiran tahun baru ini akan memberi sinar kepada kita semua...Semoga kita semua sentiasa menjadi orang yang bersyukur di atas kurniaan ALLAH yang tidak terhingga...yang mengurniakan kita umur yang panjang sehingga masih boleh bernafas di muka bumiNYA ini...dan di atas nikmat IMAN dan ISLAM yang dianugerahkanNYA kepada kita... Semoga kita semua berada dalam golongan orang-orang yang terpelihara, yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat... Ya...kita diutus ke muka bumi ini untuk menjadi khalifah ALLAH yang memakmurkan....Maka bekerja dan berusahalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah seperti kita akan mati esok hari...Ingatlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara: SIHAT sebelum SAKIT, MUDA sebelum TUA, KAYA sebelum MISKIN, LAPANG sebelum SEMPIT, HIDUP sebelum MATI...

Saturday, December 5, 2009

Irtihal....1938-2009

Alfaatihah...Janji Allah itu pasti berlaku...setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal...tiada yang dapat mendahulukan mahupun menangguhkan saat itu..Dan saat yang paling menyedihkan dalam hidupku dan ahli keluarga yang lain telah ditentukanNya... Pada tanggal 30 November 2009, bersamaan 13 Zulhijjah 1430H, jam 2.40 pagi, insan yang paling ku sayangi, yang telah melahirkan aku ke dunia ini telah dijemput mengadap Allah Yang Maha Esa...

Sedih....sangat sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata, namun sebagai hamba yang beriman kepadaNya, kita tidak mampu melawan takdir Allah...Ibuku, Allahyarhamah Mek Embong Ismail adalah insan yang sangat istimewa dalam hidup kami....Dari Rahimnya lah lahirnya 9 orang putera dan puteri....dengan pengorbanannya jualah kami membesar dengan penuh jerih perih dan kami mengenal dunia ini...

Ibuku yang kami panggil 'Mok'...amat payah untuk menjelaskan dengan kata-kata betapa insan kerdil ini hidup dalam penuh ibadah dalam membesarkan anak-anaknya...'Mok' yang buta huruf dan tidak pernah mendapat pendidikan formal inilah yang mendidik anak-anak, membanting tulang empat kerat bersama-sama 'ayoh' sehingga kami semua menjadi anak-anak yang terpelajar dan terdidik...Dari rahimnya telah lahir beberapa orang guru, beberapa orang doktor, pengurus dan jurutera...

Sesungguhnya Allah itu bersama-sama dengan orang yang sabar...dan 'Mok' telah membuktikan janji Allah ini adalah benar....berkat kesabaran 'Mok' membesarkan anak-anak di dalam serba kedhaifan dan kemiskinan, Allah telah membalas kesenangan kepadanya...Berkat kesabarannya jualah 'Mok' dapat menghadapi ujian Allah yang telah mengujinya dengan penyakit paru-paru kronik yang telah dideritainya sehinggalah ke akhir hayatnya....Dan sesungguhnya redha Allah itu bersama 'Mok' sehingga ke hujung nyawanya yang pergi dengan begitu tenang, di sisi suami, semua anak-anaknya dan hampir semua cucu-cucunya.

KepadaMu Ya Allah...Kami panjatkan doa semoga roh bonda ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman yang Engkau janjikan syurga Firdausi...KepadaMu jua kami memohon agar segala dosa dan kesalahan yang telah kami lakukan terhadap bonda dapat diampunkan...dan Engkau ampunkanlah jua dosa-dosa kedua2 orangtua kami..kerana Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang beriman, yang sentiasa patuh kepada segala suruhanMu dan meninggalkan laranganMu....Hanya doa dan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang menjadi penghubung kami dengan insan yang paling kami kasihi dan sayangi ini...Alfaatihah buat bonda...

Hari Raya AidilFitri Terakhir...



Saat yang tak mungkin dapat kami ulangi lagi....




Hari Raya Aidiladha Tahun Lepas...Aidiladha Keempat Tahun ini 'Mok' pergi tak kembali lagi

Monday, November 9, 2009

Hana's Birthday Celebration...Kecil-kecilan Punya

Birthday Hana dah lama lepas sebenarnya, 17th October...tapi tunggu hubby balik dulu barula celebrate..Last Sunday, kami berempat ke satu kedai ni kat Sitiawan... Blackforest nama dia...Kat bawah ada kedai kek, so terus beli kek besday untuk Hana... Kat belah atas kedai ni ada cafe...macam2 menu jugak la ada...so kami pon terus suruh orang kedai tu bawak kek ke atas, then order sket makanan...tangkap gambar sket2...tu jer la celebration nya pon...:) yang penting Hana membesar dengan sehat, cerdik dan solehah...





Sunday, November 8, 2009

Sama Ke Tak Serupa???

Last Friday gi register kakak untuk masuk preschool next year...Skolahnya dekat sangat dengan rumah, so senang la maid nak ambik kakak tengahari...After survey beberapa buah tadika, rasanya yang ni la yang terbaik. Skolah ni ada macam2 bangsa, malay, chinese, indian..ada jugak budak German, Spain & Pakistan...So memang bagusla untuk kakak mix around..Masa register tu, headmistress dia bagitau kena sediakan 3 keping gambar pasport..so terus la gi tangkap gambar kakak...& seperti biasa la adik pun excited la nak ambik gambar pasport gak...yang lawaknya, jenuhla camerawomen tu suruh dia senyum..langsung taknak senyum...sampai ke sudah...yang kakak nya biasala kaki posing...so tengokla hasil pics diorang ni....sama ke tak??Yang sama off course la sebab dua2 girl...yang paling ketara perbezaannya tang rambut & mata kot...:)


Friday, November 6, 2009

sepetang di taman paya bakau




last sunday,bwk anak2 g taman paya bakau,eceli taman ni dkt je dgn umah,tp tkda masa nak g..kt situ bleh tgk monyet yg sgt byk n pokok paya bakau,ada jambatan terus smpai ke sungai..2H sangatla happy,tak takot lgsung dgn monyet2,siap posing lagi, hehehe..

Monday, October 26, 2009

Yahhuu...Dah Berjaya Masak Nasi Dagang

Sangat hepi bila akhirnya berjaya masak masakan 'exotic' negeri Kelate...Nasi Dagang...Actually dah dekat sebulan dah masak ni, cuma tak sempat nak update jer...Yang happy sangat sebab bukan senang nak masak menu 'exotic' ni, berpeluh2 jugak la dibuatnya...maklumla proses nya makan masa yang lama..nak kukus nasi bejam-jam...masak lauk dia lagik...Bila dah masak banyak2 tu, terpikir plak sapa yang nak makan..selain kami anak-branak..Sib baik la teringat kat anak buah kesayangan, Abe & kawan2 dia...suh la diorang datang makan...& surprisingly...nasi dagang 2 kilo habis!!!diorang memang hantu nasi dagang rupanya!!! & agaknya sebab sedap la kot masing2 tambah berpinggan2...Sape2 yang rase teringin nak makan nasi dagang, jemputla datang ke rumah...:)

Nasi sedang di kukus...



Masak Gulainya Pulak...



Dengan Lauk-lauk Sampingan...



Ready Untuk Dimakan...

Saturday, October 24, 2009

Puteriku Sayang



Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


Sunday, October 18, 2009

My EMBA8 Frenz

Introducing...my EMBA8 friends....Altogether kami ada 19 orang...Actually last Sem ada 20, tapi sorang dah quit:(...Untuk subject terakhir semester ni pulak, our class rep,Mr Zahar terpaksa drop subject coz dia nak ke Mekah....Didoakan moga En Zahar mendapat Haji Mabrur...Aamiinn..& Jangan lupa doakan kita semua bejaya bersama-sama..

Gambar ni was taken by Azizi. Memang bestlah kelas EMBA8 kami ni..sume satu kepala & yang pasti...sume muda2 remaja lagik...yang dah agak veteran pun terasa muda..hehehe


Duduk dari kiri: Kak Noorliza, Nuruliza, Azila, Mona, Dr. Rokiah, CT, Maniza & Amrina
Berdiri dari kiri: Shafie, En. Zahar, Syed, Azizi, Kak Nik, Afiza, Wan, Amin & Ismail. Tiada dalam gambar: Naim, Ikhwan & Azman

Saturday, October 17, 2009

Specially Dedicated To My Little Princess Nur Hana Alesya...Happy 2nd Birthday Baby!!!

Harini, genapla umur Hana 2 tahun...serentak dgn deepavali la pulak...hehehe..Tak complete blog ni kalo takde special entry untuk baby manja ku Nur Hana Alesya Bt Mohd Rahmat. Dilahirkan pada 17 Oktober 2007, bersamaan 5 Syawal 1428H, jam 10.02 malam, juga di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Sama seperti kakak, pengalaman mengandung dan melahirkan Hana adalah sangat indah...Tapi macam biasala, husband memang jauh jugak sepanjang pregnantkan Hana. Masa tu aku kat KL, tinggal dengan kakak..manakala hubby plak kena balik bertugas di Lumut, Perak.
Si adik ni pun sama jugak dengan kakak, dilahirkan lewat daripada EDD..Kalo ikutkan, EDD nya adalah pada 12 Oktober 2007, iaitu sehari b4 1 Syawal...Kalau ditakdirkan bersalin awal, aku plan nak deliver kat Hospital Naluri, Wangsa Maju. Tunggu punya tunggu, takde apa2 tanda pun...So, 1 week b4 EDD aku pun balik kampung la...Suspen jugak kalo2 bsalin awal tak bleh la makan macam2 masa raya...Dah sampai di KB, terus la buat appointment dengan Dr pakar di HUSM..kali ni nak amik package bersalin dengan specialist...sebab company sponsor RM1500 utk normal delivery. Yang menariknya, package HUSM sangat murah kalo nak compare dengan private hospital yang lain, & of course equipmentnya memang complete...Masa 1st appointment dengan specialist tu 2 hari b4 raya. So, Dr tu kata, kalau takda apa2 sign, just datang seminggu lagi..maksudnya hari raya kelima la. Pada masa yang sama, kakak aku telah selamat deliver baby boy pada 8 Oktober (EDD nya 11 Oktober)..
So aku pun sempat la sambut Hari Raya dengan meriahnya...Pada 17 Oktober tu, macam biasa, takda apa2 tanda pun macam nak deliver hari tu...Ingat lagi, pagi tu aku siap basuh kain sampai 2 kali mesin, pastu jemur kain macam biasa, memandangkan appointment dgn Dr tu belah petang. Dalam pukul 3.30 petang, bertolak la kami 3 beranak (aku, hubby & Huda) ke HUSM...tak expect langsung dh dekat nak bsalin...Tunggu Dr dah kul 4++ baru jumpa...Checkup macam biasa...scan baby sehat...Dr tanya ada contraction tak, aku cakap biasa2 aje...tak kuat pun...B4 kuar dari bilik Dr, aku sempat tanya dia..baby macam kurang aktif tu kira normal ker....So Dr kata takper kalo gitu buat ECG terus lah...So proceed la buat ECG...Skali Dr. tu kata nampak macam ada contraction yang agak kerap...Aku cakap memang ada tp tak sakit pon, hehehe..siap bleh gelak2 lagik...So Dr kata takper dia nak check dilation la plak....Skali check..mak aih, dah 3 dekat 4 cm!!! And aku tak rase sakit pon...Masa tu dah kul 5++, so Dr tanya nak terus masuk labor room ke nak balik dlu...Kalo nak balik dia kata make sure datang selewat2 nya pukul 7...Aku pun decide nak balik umah kakak jap, kat sebelah HUSM jer...Sib baik la beg sume dh standby dalam keta...Balik umah kakak untuk makan & tukar 'uniform' jer la...& tinggal Huda kat situ sehelai sepinggang...kemudian baru la abang aku hantar baju & susu dia ke rumah kakak aku...sian Huda...Kul 7, terusla ke Labor Room...Dr check dah 5 cm...terus la dia pecahkan ketuban...still rase mild contraction...kira boleh tahan la sakitnya, tak perlu epidural pun...Dr. jangka pukul 12 kot baru deliver...dekat2 kul 10 tu rase mcm dh nak kuar sgt dah baby...kira okla sebab dah ada experience...akhirnya jam 10.02 malam lahir la Hana ke dunia... Alhamdulillah...kuar je masa Dr. letak dia atas perut, dia dah bukak mata pun..nak tengok Mama agaknya...& rambut dia yg basah tu nampak kerintingnya..hehehe...

Gambar Hana 2 jam selepas dilahirkan



Gambar semasa sambutan 1st birthday dan open house last year



Menjaga Hana sama jugak macam Huda, tak banyak masalah...cuma adik ni lagi terlebih manjaanya...& Alhamdulillah, sehingga umur dia 2 tahun ni, dia masih lagi breastfeeding..Memang khasiat susu ibu ni tiada tandingan..buktinya kedua-dua puteriku ini memang jarang sakit, brain development mereka pun lebih cepat compare to kanak-kanak sebaya dan mereka juga mudah dijaga, maksudnya mudah mendengar kata....so to those ibu2 kat luar tu, selagi boleh...berilah yang terbaik untuk anak2 anda!!! Allah dah anugerahkan kita sebagai ibu dengan anugerah yang sangat bernilai, jadi jangan sia-siakannya...Ni ada la pics Hana dari kecik sampai skang...masa deliver tu takda gambar sebab tak prepare untuk bersalin, so camera pun tak bawak..in fact hp aku & hubby pun abis betri sampai terpaksa call family guna hp Dr. untuk bagitau dah besalin..Malam tadi Kak Rena & anak2 dah datang umah bawak birthday cake untuk Hana...TQ K.Rena, Faiz, Fariz & Farhan!!!. Semoga Hana membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia & akhirat.

Gambar malam tadi, bersama kek birthday hadiah daripada auntie Arena & Anak2



Gambar terkini siang tadi..posing 2 years old!!!

Friday, October 2, 2009

October Yang Sangat Bz



Huhuhu...Nak story pasal raya pun tak sempat lagik...sebab schedule bulan 10 ni sangatlah mem'bz'kan...Start weekend lepas, dah ada kelas (Luckily kami mintak postpone test ke ujung minggu ni, maklumla tengah mood raya, mana la sempat nak study)... Tapi weekend depan ni memang penat la sangat sebab ada test & presentation skali...Skang tengah pulun siapkan report & slide, skali dgn study..Udahla takder basic langsung pasal Finance ni...huhuhu..tapi blaja finance ni best jugak..boleh kira future value of money..macam2 lagik la..kira nya kalau rase2 nak jd millionaire lagik 15 tahun..dh boleh kira la dari skarang nak kena invest brapa, hehehe...tapi agak2 bleh ker jadik millionaire??? Yang penting, sumber rezeki tu kena la dari yang HALAL, jangan duk pikir nak duit banyak saja, ntah apa2 investment join..last2 habuk pun tarak..huhuhu..

Pastu next week 6-8 hb kena gi HQ kat KL, ada workshop untuk intake January 2010...nasib baik la tak join convo kat PICC...kalau tak 8-11 hb kena duty...Sebabnya 11hb tu last kelas Finance, ada Final Exam lagik...Pastu 17hb terus start new subject, Marketing...memang takder weekend langsung la bulan ni..

19-21 hb dah mula interview session untuk next intake...Masa tu kena g Alor Setar, Kedah...Venue lain sib baik la bagi orang lain cover...Pastu 29-30 plak turun Kota Bharu untuk interview kat sana (Yeayea balik kampung!!!..:)Kira 28hb dah bertolak..balik maybe 31 atau 1 November la, terus sampai ujung minggu..Sib baik la sendiri yang buat schedule, so boleh la pilih venue mana yang nak join..tapi untuk orang lain pun sama, priority diberi untuk orang2 yang bleh balik kampung skali dengan g interview...baru la adil namanya...:)Okla..nak sambung study plak ni...next time cerita lagik pasal raya

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Hari ni, hari last kje before raya...
Boring sangat sebab ramai kawan2 dah start cuti..
Aku tk cuti lagik sebab esok baru nak balik Kg..
Hubby tadi dah sampai KL from KK, tgh tunggu nak naik bus la pulak tghari ni...

Sempena kedatangan Syawal ni, aku amik kesempatan nak mohon ampun & maaf kepada semua kalau ada salah dan silap..maklumla sebagai manusia memang tak boleh lepas daripada melakukan khilaf dan dosa...Dan sama-samalah kita berdoa semoga kita masih sempat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...

Dah tak sabo2 nak raya ni, semalam dengan kawan2 ofis, kami dah posing ramai2...tula, sapa suruh deco cantik2 sangat kat iffice ni..terpaksa la kami jadik model..hehehe..

Sapa yang raya kat Kelantan, jemputla datang ke rumah...

Wednesday, September 2, 2009

Adab-adab Membaca Al-Quran

***Sumber: Halaqah.net

Adab-adab Membaca Al-Quran


1. Sebaiknya orang yang membaca Al-Qur'an dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya serta telah bergosok gigi.

2. Hendaknya memilih tempat yang tenang dan waktunya pun pas, karena hal tersebut lebih dapat konsentrasi dan jiwa lebih tenang.

3. Hendaknya memulai tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain selain surah At-Taubah. Allah berfirman yang artinya:
"Apabila kamu akan membaca al-Qur'an, maka memohon perlindungan-lah kamu kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk". (An-Nahl: 98).

4. Hendaknya selalu memperhatikan hukum-hukum tajwid dan membunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah berfirman yang artinya:
"Dan Bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan". (Al-Muzzammil: 4).

5. Disunnatkan memanjangkan bacaan dan memperindah suara di saat membacanya. Anas bin Malik pernah ditanya:
Bagaimana bacaan Nabi (terhadap Al-Qur'an? Anas menjawab: "Bacaannya panjang (mad), kemudian Nabi membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sambil memanjangkan Bismillahi, dan memanjangkan bacaan ar-rahmani dan memanjangkan bacaan ar-rahim". (HR. Al-Bukhari).

Dan Nabi juga bersabda:
"Hiasilah suara kalian dengan Al-Qur'an". (HR. Abu Daud, dan dishahih-kan oleh Al-Albani).

6. Hendaknya membaca sambil merenungkan dan menghayati makna yang terkandung pada ayat-ayat yang dibaca, berinteraksi dengannya, sambil memohon surga kepada Allah bila terbaca ayat-ayat surga, dan berlindung kepada Allah dari neraka bila terbaca ayat-ayat neraka. Allah berfirman yang artinya:
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." (Shad: 29).

Dan di dalam hadits Hudzaifah ia menuturkan:
"......Apabila Nabi terbaca ayat yang mengandung makna bertasbih (kepada Allah) beliau bertasbih, dan apabila terbaca ayat yang mengandung do`a, maka beliau berdo`a, dan apabila terbaca ayat yang bermakna meminta perlindungan (kepada Allah) beliau memohon perlindungan". (HR. Muslim).

Allah berfirman yang artinya:

7. Hendaknya mendengarkan bacaan Al-Qur'an dengan baik dan diam, tidak berbicara. Allah berfirman yang artinya:
"Dan apabila Al-Qur'an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu men-dapat rahmat". (Al-A`raf: 204).

8. Hendaklah selalu menjaga al-Qur'an dan tekun membacanya dan mempelajarinya (bertadarus) hingga tidak lupa. Rasulullah bersabda:
"Peliharalah Al-Qur'an baik-baik, karena demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, ia benar-benar lebih liar (mudah lepas) dari pada unta yang terikat di tali kendalinya". (HR. Al-Bukhari).

9. Hendaknya tidak menyentuh Al-Qur'an kecuali dalam keadaan suci. Allah telah berfirman yang artinya:
"Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan". (Al-Waqi`ah: 79).

10. Boleh bagi wanita haid dan nifas membaca al-Qur'an dengan tidak menyentuh mushafnya menurut salah satu pendapat ulama yang lebih kuat, karena tidak ada hadits shahih dari Rasulullah yang melarang hal tersebut.

11. Disunnatkan menyaringkan bacaan Al-Qur'an selagi tidak ada unsur yang negatif, seperti riya atau yang serupa dengannya, atau dapat mengganggu orang yang sedang shalat, atau orang lain yang juga membaca Al-Qur'an.

12. Termasuk sunnah adalah berhenti membaca bila sudah ngantuk, karena Rasulullah bersabda:
"Apabila salah seorang kamu bangun di malam hari, lalu lisannya merasa sulit untuk membaca Al-Qur'an hingga tidak menyadari apa yang ia baca, maka hendaknya ia berbaring (tidur)". (HR. Muslim)

Sunday, August 30, 2009

Lepak Di Kedai Mamak Bersama Mr Black



lama betol dh rase tk update blog ni,nway slamat berpuasa kpd sume umat Islam..minggu lepas tak la bz sgt,cuma tkda benda nk tulis,lgpun hubby ada balik,so tk perlu la update blog utk dia view,hehehe...esok hubby nk ke KK smula,boring betol la,huhuhu...nway,mst nk tau siapa Mr Black..hubby yg bg present Mr Black ni,br 2 hari umurnya..TQVM abang..lama dh minat dgn VIVA ni,akhirnya dpt jgk ELITE ni,ALHAMDULILLAH

Sunday, August 16, 2009

Weekend Yang Mendamaikan

Huhuhu...Susah betol nak menikmati weekend bersama anak-anak tersayang sekarang ni...dan weekend semalam & hari ni memang ditunggu-tunggu, sebab takda kelas & boleh bersantai dengan anak-anak...tanpa perlu fikir pasal benda lain...sangat best!!! Last Thursday, ada meeting kat KL, so pagi2 pukul 6 dah bertolak..petang around 6 terus bertolak balik semula ke Manjung..so bayangkanlah betapa penatnya...dan yang paling kesian anak2 la...pagi2 bangun mama dah takde, malam diorang sanggup bersengkang mata sampai mama balik,barulah tido...So aku pun mintak la cuti hari Jumaat tu, sib baik la bos bagi....bukan apa, nak siapkan assignment yang perlu dihantar selewat-lewatnya hari jumaat tu jugak & sambil2 tu bleh la bawak anak2 berjalan-jalan...

Hari Sabtu plak, keluar makan roti canai kat Segari dengan anak2, pastu handbag yang baru beli online dah sampai..yeayea dapat bag baru...sesapa nak tengok blog online tu, nanti aku add kan link nya...balik umah terus masak2 kat dapur...ajak Abe, anak sedara yang study kat MIMET datang makan....dengan kekawan dia beberapa orang...aku masak nasi ayam, caramel pudding & buah2an sebagai pencuci mulut...Actually, saja je masak-masak ni, bukan senang nak dapat weekend...so dah alang2 masak takkanlah nak makan berempat dgn anak2 & bibik ajer, so masak la lebih sket...Mula2 kawan2 Abe tu malu-malu kucing la jugak..tapi datang jugak diorang..terlupa lak nak ambik pics diorang...kalo tak mesti glamer la anak2 bujang tu masuk blog..hehehe..sumenya aku anggap macam anak2 buah & adik sendiri jer...kalo diorang tak datang sapa la yang nak perabis kan masakan aku..gamaknya seminggu la bantai nasi Ayam!!! Nway, kalau hubby ada tentu lebih seronok...takper, next week hubby balik nanti kita plan yer nak masak apa....yang pasti mesti dia akan mintak nasi kerabu, lagi-lagi bulan Ramadhan ni..maklumla orang Kelantan celup...hehehe...
Hari ni, Ahad pulak, pagi-pagi dah hujan lebat...apa lagik...tidur dengan nyaman lah dengan anak2....masak ala kadar jer...then petang bawak diorang jalan2 ke Giant...siap pakai mask lagik dua bradik tu, kakak kata takut B***....hehehe..apa-apa jelah, doakan kita semua dijauhkan dari wabak tersebut...Aaamiinnn...

Gambar ayam ni jer yang sempat snap before dibelasah...




Ni pulak handbag baru...yeeehaaa



Shopping-shopping di Giant

Wednesday, August 12, 2009

........HUG YOUR CHILD.......



Hug Your Child

It's so much easier to express anger than love. The minute you see your child doing something out of line, you don't hesitate before telling him to stop in a firm voice, or before losing your temper. Most of us are able to shell out feelings of frustration and indignation at the drop of a hat but when it comes to looking at our loved ones and telling them how deeply we care, we draw a blank.


Have you hugged your child today?

And we mean really 'hug', not just playfully tickled him or kissed him on the cheek. have you held him close to your heart for a few moments so he feels your love without you having to say a word? We're just talking about the good, old-fashioned bear hug that generates nothing but warmth, affection and a feeling of acceptance.

Make hugging your child a daily ritual. In fact, stop for a moment and think - "did I hug my child today"? And if not, why not? What held you back? Pure thoughtlessness, or was the thought "give a hug, spoil the child" running through your mind? Surprisingly, a large number of parents shy away from being too affectionate with their children because they believe their children will develop a swollen head. If you fall into that category, can you honestly say that you'd rather your child have low self-esteem than an ounce of overconfidence? Yet others feel that too much physical affection may make the child someone who grows up letting his emotions take charge. He may grow up to be someone who thinks from the heart, not the head. Not True. Hugging people doesn't stop them from using their mind any more than being rational doesn't stop them from being emotional.

Enough studies have been conducted to conclusively prove that human touch heals and increases one's life span. Not only that, human touch is also essential for human growth and development.


The benefits of a hug

Hugging is healthy, for the body and the soul. Hugging is hygienic. Hugging won't give you AIDS and it won't increase the population. It boosts self-esteem and brings about a sense of security in a way no word can. Hugging reaches inside and touches your soul. The world may heal a bit if hugging increases, so do your bit. Get your body into action. Start hugging. After reading this article, give your child a hug. Then hug your spouse tight. When you meet friends at a party or a nightclub, don't just kiss the air on their cheeks or shake their hands. Open your arms wide and, that's right, give them a hug.


Everybody loves a hug

Hugging can do wonders for a relationship. Watch your bond with your children strengthen as your hugs increase. Everybody loves a hug, not just your children. Extend your hugs to other family members as well. You find it difficult to hug your sister because it's not part of your greeting ritual and you feel awkward? Remember, the person who is the hardest to hug is usually the one who needs it the most.


Work at it

If you've decided that you want to start hugging more, realise that it may not be easy at first. Of course, if you're the bold type and walking up to friends and giving them a hug when you're used to 'air-kissing' doesn't bother you a bit, get into action! But if you are slightly more reserved, you may find it difficult to break the mould. This is because we are so used to behaving a certain way with certain people in our lives, that we can't suddenly change our actions towards them without the thought, 'Oh my God, whatever happened to her!' running through their brain. So if hugging someone has not been a part of your communication with certain people, it will be difficult to start - but not impossible.


Try this out:

* Say good morning with a hug
* Say good night with a hug and kiss
* Say thank-you with a hug
* You can never hug your children too much

"It takes 4 hugs a day to survive, 8 hugs a day to maintain, and 12 hugs a day to grow."

Truer words were never spoken.

SOURCE: http://www.indiaparenting.com

Sunday, August 2, 2009

Daging Masak Blackpepper

Kali ni nak berkongsi satu lagi resepi...Namanya "Daging Masak Blackpepper"...Kita tengok gambar dulu...



Bahan-bahan
Daging
Air rebusan daging
Sos blackpepper
Blackpepper flakes
Sos tiram
Bawang putih dihiris nipis
Bawang merah dihiris nipis
Halia dihiris nipis
Bawang besar
Cili Merah, hijau atau Capsicum pelbagai warna
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara
Rebus daging hingga hampir empuk. Kemudian potong nipis-nipis
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah & halia hingga naik bau.
Masukkan daging. Goreng sebentar
Masukkan sos blackpepper, sos tiram dan air rebusan daging.
Renih sehingga daging empuk dan kuah pekat.
Masukkan garam secukup rasa, cili dan bawang besar
Goreng sehingga masak dan taburkan blackpepper flakes.

Siap untuk dihidang

Specially Dedicated To My Beloved Princess Nur Huda Afifah

Nur Huda Afifah binti Mohd Rahmat... Nama yang kami pilih untuk puteri sulung kami... Puteri yang dilahirkan pada 1 Mei 2005 bersamaan 22 Rabiul Awwal 1426H, Ahad jam 11.47 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan.

Kelahirannya memang amat kami nantikan memandangkan ketika itu sudah hampir 2 kami mendirikan rumahtangga (31 Mei 2003). Memang selepas kahwin, ada niat untuk dapatkan kerja dulu sebelum anak. Alhamdulillah, kedua2nya datang serentak. Selepas disahkan pregnant, aku mendapat kerja...orang kata rezeki anak...
Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan 'kakak', aku tidak mengalami alahan teruk. Ingat lagi masa 5 week pregnant sempat lagi pegi pulau pangkor dengan ex roomate aku masa kat UTM (Lili), siap naik speed boat lagi ke pulau kecik sekitar pangkor..Alhamdulillah tiada apa2 masalah berlaku. Masa tu, husband bertugas kat kapal KD Perantau namanya...so memang selalu merantau la....Pernah sekali tu, masa tu aku pregnant lebih kurang 4 bulan, kapal belayar ke East, patotnya 2 minggu je..skali kapal rosak kat Sandakan. Apalagi, dari 2 minggu jadi 2 bulan. Masa tu baru pas raya ujung tahun 2004...bulan Januari 2005 barulah hubby balik...dah bertukar tahun. Nasib baik la masa tu ada kawan2 office seperti kak Jue & Mida yang selalu teman (masa tu diorang single mingle lagik) & juga student2 praktikal kat office seperti student2 PUO ( Fiza, Asma & Dayah) serta student2 USM (Imiey & the geng). So takde la risau sangat kan...

Mula2 plan memang nak bersalin kan kakak ni di Manjung saja, tak kisah la Hospital Seri Manjung ker, Hospital Angkatan Tentera ke...So 2 weeks before EDD, mak aku pun datangla from Kelantan. Tunggu2 tak jugak ada tanda2 nak bsalin...cool jer...Few days b4 EDD, mak mertua pun datang skali from Tapah Road. So duduk la dua2 tunggu kelahiran cucu nya (yang ke brapa belas ntah..sebab masing2 dah ada ramai cucu..maklumla aku & hubby kan dua2 anak bongsu..:))Tunggu punya tunggu tak keluar2 jugak sampai la EDD pada 24 April 2005. So gi Hospital, Dr kata kalau tak keluar jugak, 2 Mei kena admit. Mak aku plak duk ajak balik bersalin kat kampung jer... After discussion & mintak pandangan ahli keluarga yang lain, kami pun berangkat ke Kota Bharu pada pagi Sabtu 30 April. Mak Mertua pun ikot skali. Masa tu still takder apa2 tanda pun... Sampai la pagi Ahad, 1 Mei tu, pas solat Subuh, rase macam sakit pinggang tapi sket2 jer.. Maklumla masa tu takder experience lagik... Makin lama makn kuat sakit nya...tapi tiada langsung tanda2 lain seperti air atau darah. Sampai la petang, selepas Asar, terus la pergi ke HUSM. Masa tu abang aku yang bertugas di HUSM, husband & Mak ada bersama...Masa jumpa Dr. tu dah pkul 7 petang, Dr. check bukaan dekat 4cm..so teruslah masuk labor room. Alhamdulillah takyah la boring2 tunggu dalam wad.

Sebab bersalin di Hospital biasa, so yang jaga kat situ hanyalah nurse. Dr. plak akan raun sekali sekala..Sebab 1 st experience...ikot teori bukaan adalah 1cm 1 jam..so kalo ikotkan jam 1 pagi la kot baru deliver...Jam 10.00, dah rase macam sakit sangat, tapi aku tahan la jugak sebab ingatkan belum masanya...husband ada bersama dalam labor room tu...Dia pun mestilah suspen jugak sebab 1st experience...Tunggu punya tunggu, sampai la pkul 11.30 malam bila Dr. datang check...rupa2 nya bukaan dah full. Masa tu aku tgk Dr. & nurse kelam kabut baru nak kuar kan urine & etc...& baru nak ajar cara2 push...Alhamdulillah..selepas lebih kurang 15 minit, keluarlah puteri aku yang comel pada jam 11.47 malam...
Menjaga kakak memang sangat senang, dari dilahirkan sampai la sekarang sudah 4 tahun 3 bulan usianya...Kakak memang seorang anak yang cerdik lagi pintar...Nanti di entry akan datang aku akan ceritakan lebih banyak tentang kakak...Sekarang ni, boleh tengok gambar2 kakak dari kecil sehingga sekarang...:)

Baru saja dilahirkan



Ketika berusia seminggu



Kakak ketika berusia setahun lebih



Sambutan 3rd birthday bersama kawan-kawan di Nursery BMI...terakhir before pindah ke Manjung



Gambar terbaru....pantang nampak camera mesti terus bergaya

Thursday, July 30, 2009

License To Grill

Wanna share a very simple & tasty recipe...Sesapa nak cuba dialu-alukan...Memang senang sahaja...sesuai untuk para wanita berkerjaya yang sentiasa kesuntukan masa...My sister yang bagi recipe ni & dah beberapa kali aku masak..memang sedap jugak lah...Nama recipe nya yang sebenar taktaula plak, aku main hentam jerla bagi nama kat recipe ni..tak kisah lah...janji LAYAANNN...ZAASSS

Grilled Prawn with Blackpepper & Lemon

Bahan-bahan & Cara-cara

Udang (saiz besar or sederhana), dibersihkan & belah belakang
Susun udang dalam aluminium foil. Letakkan di atas pengepit (untuk bakar)
Taburkan sedikit garam halus, blackpepper flakes secukup rasa & renjis sedikit olive oil (kalau tkder olive oil, minyak masak biasa pon boleh lah)...

Rupa nya ala-ala macam ni lah...before bakar



Kemudian, bakar lah di atas dapur gas biasa...Balik2kan sehingga cukup masak & sekata..

Dah masak, susunlah dalam pinggan & perah Lemon sebelum dihidangkan.. Memang sedap di makan ketika masih panas...YUM..YUM..YUM