Sunday, December 20, 2009

Cameron Oh Cameron

Tahun ni boleh la dikategorikan sebagai 'Tahun Melawat Cameron Highlands' kot bagi aku...mana tak nya..tahun ni aje 4 kali aku naik ke Cameron untuk tujuan berbeza...

Actually mula jatuh chenta dengan Cameron ni since 2007...masa tu abang kesayangan aku Dr Rosli convo kat USM (Pakar ENT), so balik dari convo tu dia organized family trip to Cameron Highlands...sewa Banglo @ Rumah Peranginan Persekutuan...Banglo ni memang besar & selesa, tapi sewanya murah..tapi bukan sebarang orang yang bleh sewa banglo tu...ikot kategori jugak la dalam perkhidmatan awam...ada jugak bilik biasa & apartment...tapi yg pasti kena booking awal sebab sentiasa full....Masa tu memang seronok sangat sebab adik beradik ramai yang join, termasuk la arwah mak yang sangat teruja bila tengok sayur-sayur segar, bleh pluck sendiri lagik...So apa lagik siap buat steam boat sendiri la kat banglo tu...Masa tu aku prgnantkan Hana dah masuk 8 months..so memang tak daya la nak jalan sangat...orang gi petik strawberry aku tido jer kat banglo...hehehe...Sejak tula mula suka dengan Cameron ni..padahal b4 tu dah bertahun duk kat Lumut tak pernah la plak terfikir nak jejalan kat Cameron...Masa 2007 tu still stay kat KL...



Last year, 2008 plak...tetiba je rase nak g Cameron jugak masa weekend...Kebetulan pulak masa tu kakak kesayangan aku, Dr. Hanisah yang tengah buat Pakar Psikiatri skarang ni kena keje kat Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ipoh...Masa tu dia stay kat Ipoh dengan anak-anak & maid dia jer...sebab hubby dia bertugas kat HUSM Kubang Kerian...So aku & hubby pun jemputla kakak, anak-anak & maid dia...naik la ke Cameron lagik...Masa tu hari Sabtu, stay kat Country Lodge Apartment kat Brinchang...syok jugak jalan2 kat pasar malam Brinchang tu...walaupun masa tu musim ujan, pelancong tetap ramai...



Tahun ni pulak..tak disangka-sangka 4 kali dah ke Cameron Highlands...Yang 1st aritu rasenya pernah dah citer kat entry before ni...Masa tu memang saje gi bercuti dengan hubby & anak-anak...



Then tetiba kat office plak...masa meeting decided nak kena buat curriculum review workshop untuk program2 yang ada secepat mungkin...kami di Academic Affairs & QA ditugaskan untuk jadi secretariat...the participants adalah lecturers...So, kami pun pergi la survey tempat yang sesuai...0n 12th November aku, kak rena & mona ke Cameron untuk survey hotel-hotel...sempat la jugak gi jalan2 & beli sayur jap...



Pastu...on 14th November lepas, UiTM plak organized XPDC gunung brinchang untuk student out campus...mulanya tak confident gak nak panjat gunung..maklumla b4 ni mana ada xperience..bukan tak minat tp tak berpeluang..zaman skolah dulu pun bukan ada aktiviti2 lasak..maklumla skolah arab kan...& yang tak disangka2, dapat jadi 1st lady yang sampai puncak!!!Congrates to myself...hehehe...yang sampi 1st lecturer yg bawak ktrg naik..memang dia biasa panjat gunung la...& 2nd pun lecturer UiTM gak...3rd person adalah aku...huuhuhu..



Last skali...0n 14th-17th December, panjat lagik Cameron untuk curriculum review workshop tu....tempat yang kami pilih adalah Star Regency Hotel, betul-betul kat tengah pekan Brinchang tu, opposite the tapak pasar malam...memang best & strategic sangat tempat dia...& yang best sebab musim cuti skolah so pasar malam memang ada tetiap hari....ramai jugak participants yang bawak family....overall memang o.k la tempatnya dengan budget yang terhad kan...workshop jugak berjalan dengan lancar...Alhamdulillah sume participants begitu bersemangat dan komited...Kalo nak tgk pics, banyak upload kat FB...



Syabas & Tahniah to all MIMETian...cuma pasni banyak lagik la keje nak kena setel...tapi takper...yang penting kita kerja kerana Allah..dengan niat yang ikhlas...insyaAllah ada ganjaran yang akan menanti..tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, di sini atau di akhirat kelak...

No comments:

Post a Comment