Baru balik dari UniKL CQA Retreat 2009 @ BellaVista Hotel, Langkawi. Retreat tu started from 22nd December till 24th December 2009. Program full tapi tak stress sangat pun...Macam biasala, Audit Post mortem, development of SOP, pembentangan budget 2010, pembahagian tugas Executive QA, meeting CQA dan program2 sepanjang tahun 2010 akan datang...
Agaknya memang dah ditakdirkan Allah S.W.T post yang sesuai untuk aku adalah QA kot...Dah elok2 handle Admission & Records kat MIMET, tetibe je diarahkan kembali ke QA, walaupun belum ada official letter from HR, tapi InsyaAllah bulan Januari 2010 ni bermulalah tugas baru...
Suspen jugak nak ambik alih QA ni...Walaupun ni adalah kali ketiga pengalaman sebagai QA...tapi ketiga-tiganya membawa tugas yang berbeza. 1st job masa kat D'Aquarian Services (M) Sdn. Bhd. Seri Manjung dari 2004 till 2006 dulu, memang position as QA Executive. Masa tu skop kerja QA adalah untuk buat inspection kat spare part yang telah direpair oleh Technician...Kebanyakannya adalah equipment untuk communication system in the ship seperti radar & transceiver..Masa ni bukan terer sangat pun, maklumla baru 1st experience kerja...Yang terer adalah technician2 yang buat repair tu, yang terdiri daripada ex2 navy yang memang banyak experience...Credit to them!!! Pastu company kecik, memang banyak benda yang kena buat...masa tu company tengah plan untuk dapatkan ISO certification, so kena involve jugak dalam aktiviti membuat procedures, audit dan sebagainya...selain tu ada la jugak kena prepare tender, buat finance report pun pernah jugak..
Bila berhenti kerja dari company tu untuk pindah ke KL, nampak la iklan position QA Executive kat UniKL BMI. Requirement dia masa tu memang nak orang engineering, ada experience ISO. So, saja la try apply...Alhamdulillah dah rezki, dapat la pulak...Kat BMI memang tugas penuh jadi document controller untuk ISO...memang banyak jugak kerjanya especially on documentation, audit and customer satisfaction... Alhamdulillah dapat jugak buat tugas tersebut dengan jayanya...From 2006-2008.
2008, dapat transfer ke UniKL MIMET...Alhamdulillah walaupun punya la susah process nak transfer tu, tapi dapat jugak selepas lebih kurang setahun apply. Masa tu tak kira la nak bagi post apa pun, asalkan dapat transfer balik ke Seri Manjung...Kat MIMET memang dah ada QA Executive, and memang belum dapat ISO certification lagi...QA focus on Academic process. Mula2 HR kata nak suh handle Exam Unit + prepare untuk ISO, last2 diletakkan kat Admission & Records sebab kebetulan executive A&R nak berhenti....So terpaksa la buat kerja2 baru lagi...Walaupun sebelum tu tak pernah langsung involve dengan system yang digunapakai untuk A&R...memang tak pernah gi training or guna pun system tu and staff sebelum tu pun tak sempat hand over sepenuhnya before berhenti...Tapi sebab dah diamanahkan, kita cuba la buat yang terbaik...Alhamdulillah dapat juga selesaikan tugas2 yang diberi...
Kerja-kerja A&R ni best jugak.. Seronok dapat buat pemilihan student, kenal dengan student & parents diorang sebelum diorang masuk UniKL, organize registration day memang buat kita rasa happy. Tup-tup dalam bulan 10 hari tu, terdengar pulak desas-desus nak kena pindah ke Unit QA...sebab Executive QA yang asal promoted ke Academic Affairs... Nak duduk kerusi panas QA memang bukan calang-calang orang sebab kerja QA memang agak mencabar dan workloadnya agak banyak...QA di sini banyak involve dengan academic process seperti process nak dapatkan kelulusan untuk mengendalikan program, akreditasi dari MQA, external examiner untuk program, control of curriculum structure dan sebagainya...Dulu2 ada la jugak involve sket2 dengan benda2 ni masa kat BMI, tapi masa tu focus lebih kat ISO. So, again, tugas QA yang bakal diambilalih ni adalah tugas baru... Harap2 dapatla buat yang terbaik...InsyaAllah kat mana pun kita duduk, apa pun tugas yang diberi, kalau kita kerja dengan ikhlas kerana Allah, pasti akan ada balasan yang setimpal...
Balik ke progam retreat kat Langkawi nun, memang seronok juga sebab sambil kerja boleh jalan2... CQA siap allocate kan satu bilik untuk setiap peserta, so senang la sape2 nak bawak family...So cam biasala angkut skali la dua puteri kesayanganku... tapi lagi syok kalau hubby ada skali, bleh la cuti-cuti, takyah la angkut bibik..Actually ni kali ke 3 jejak kaki ke Langkawi, 1st masa tahun 1995 kot, 2nd time 2004, g bersama2 dengan family kakak & arwah mak skali...
Bella Vista Hotel yang boleh tahan...
Kami bertolak from Manjung 22 Dec jam 5.30 pagi, naik van MIMET, driver hantar ke Kuala Perlis...Kebanyakan peserta from campuses lain naik flight jer...Program bermula malam, kami sampai tengahari...pas check in jer relax2 dulu..penat bangun awal sangat...belah petang tu terus jalan2 kat dataran helang...
"Burung Belang-belang"....Kata Hana...
2nd day, program start at 8.30 a.m...Sume semangat berkobar2 nak siapkan cecepat setiap sessi sebab tak sesabar nak gi jalan2...Tapi masing2 memang fokus masa setiap sessi...syabas to all QA's...memang sesuai la dengan title masing2 sebagai orang yang jaga kualiti...hehehehe...petang jalan2 lagi..biasa la msti kena pegi tempat favourite orang pompuan iaitu Idaman Suri...Tak beli pun pinggan mangkuk, just usha dulu....beli sket coklat & beg comel untuk anak-anak jer...Pastu g ke Kedai Coklat Haji Ismail Group (HIG), baru la borong coklat macam2...yummy...
Chocolate Heaven...
Last day...program macam biasa cuma abis awal sket sebab banyak benda yang dapat disetelkan awal...apa lagi, terus la checkout awal-awal then jejalan ke Pantai Chenang...pastu g kedai pinggan mangkuk HIG, beli la satu dinner set & casserole...kena bli troli kecik untuk angkut barang...petang kul 5.30 baru naik feri..sampai kuala perlis driver MIMET dah tunggu...dalam pukul 11 malam baru sampai Manjung..Alhamdulillah..
QA Team yang sporting & supportive...
More pictures @ Facebook
Le Tour de Paris - Day 3
8 years ago
No comments:
Post a Comment