Sunday, August 2, 2009

Specially Dedicated To My Beloved Princess Nur Huda Afifah

Nur Huda Afifah binti Mohd Rahmat... Nama yang kami pilih untuk puteri sulung kami... Puteri yang dilahirkan pada 1 Mei 2005 bersamaan 22 Rabiul Awwal 1426H, Ahad jam 11.47 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan.

Kelahirannya memang amat kami nantikan memandangkan ketika itu sudah hampir 2 kami mendirikan rumahtangga (31 Mei 2003). Memang selepas kahwin, ada niat untuk dapatkan kerja dulu sebelum anak. Alhamdulillah, kedua2nya datang serentak. Selepas disahkan pregnant, aku mendapat kerja...orang kata rezeki anak...
Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan 'kakak', aku tidak mengalami alahan teruk. Ingat lagi masa 5 week pregnant sempat lagi pegi pulau pangkor dengan ex roomate aku masa kat UTM (Lili), siap naik speed boat lagi ke pulau kecik sekitar pangkor..Alhamdulillah tiada apa2 masalah berlaku. Masa tu, husband bertugas kat kapal KD Perantau namanya...so memang selalu merantau la....Pernah sekali tu, masa tu aku pregnant lebih kurang 4 bulan, kapal belayar ke East, patotnya 2 minggu je..skali kapal rosak kat Sandakan. Apalagi, dari 2 minggu jadi 2 bulan. Masa tu baru pas raya ujung tahun 2004...bulan Januari 2005 barulah hubby balik...dah bertukar tahun. Nasib baik la masa tu ada kawan2 office seperti kak Jue & Mida yang selalu teman (masa tu diorang single mingle lagik) & juga student2 praktikal kat office seperti student2 PUO ( Fiza, Asma & Dayah) serta student2 USM (Imiey & the geng). So takde la risau sangat kan...

Mula2 plan memang nak bersalin kan kakak ni di Manjung saja, tak kisah la Hospital Seri Manjung ker, Hospital Angkatan Tentera ke...So 2 weeks before EDD, mak aku pun datangla from Kelantan. Tunggu2 tak jugak ada tanda2 nak bsalin...cool jer...Few days b4 EDD, mak mertua pun datang skali from Tapah Road. So duduk la dua2 tunggu kelahiran cucu nya (yang ke brapa belas ntah..sebab masing2 dah ada ramai cucu..maklumla aku & hubby kan dua2 anak bongsu..:))Tunggu punya tunggu tak keluar2 jugak sampai la EDD pada 24 April 2005. So gi Hospital, Dr kata kalau tak keluar jugak, 2 Mei kena admit. Mak aku plak duk ajak balik bersalin kat kampung jer... After discussion & mintak pandangan ahli keluarga yang lain, kami pun berangkat ke Kota Bharu pada pagi Sabtu 30 April. Mak Mertua pun ikot skali. Masa tu still takder apa2 tanda pun... Sampai la pagi Ahad, 1 Mei tu, pas solat Subuh, rase macam sakit pinggang tapi sket2 jer.. Maklumla masa tu takder experience lagik... Makin lama makn kuat sakit nya...tapi tiada langsung tanda2 lain seperti air atau darah. Sampai la petang, selepas Asar, terus la pergi ke HUSM. Masa tu abang aku yang bertugas di HUSM, husband & Mak ada bersama...Masa jumpa Dr. tu dah pkul 7 petang, Dr. check bukaan dekat 4cm..so teruslah masuk labor room. Alhamdulillah takyah la boring2 tunggu dalam wad.

Sebab bersalin di Hospital biasa, so yang jaga kat situ hanyalah nurse. Dr. plak akan raun sekali sekala..Sebab 1 st experience...ikot teori bukaan adalah 1cm 1 jam..so kalo ikotkan jam 1 pagi la kot baru deliver...Jam 10.00, dah rase macam sakit sangat, tapi aku tahan la jugak sebab ingatkan belum masanya...husband ada bersama dalam labor room tu...Dia pun mestilah suspen jugak sebab 1st experience...Tunggu punya tunggu, sampai la pkul 11.30 malam bila Dr. datang check...rupa2 nya bukaan dah full. Masa tu aku tgk Dr. & nurse kelam kabut baru nak kuar kan urine & etc...& baru nak ajar cara2 push...Alhamdulillah..selepas lebih kurang 15 minit, keluarlah puteri aku yang comel pada jam 11.47 malam...
Menjaga kakak memang sangat senang, dari dilahirkan sampai la sekarang sudah 4 tahun 3 bulan usianya...Kakak memang seorang anak yang cerdik lagi pintar...Nanti di entry akan datang aku akan ceritakan lebih banyak tentang kakak...Sekarang ni, boleh tengok gambar2 kakak dari kecil sehingga sekarang...:)

Baru saja dilahirkan



Ketika berusia seminggu



Kakak ketika berusia setahun lebih



Sambutan 3rd birthday bersama kawan-kawan di Nursery BMI...terakhir before pindah ke Manjung



Gambar terbaru....pantang nampak camera mesti terus bergaya

No comments:

Post a Comment