Showing posts with label Family Ku Sayang. Show all posts
Showing posts with label Family Ku Sayang. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Hana's Birthday Celebration...Kecil-kecilan Punya

Birthday Hana dah lama lepas sebenarnya, 17th October...tapi tunggu hubby balik dulu barula celebrate..Last Sunday, kami berempat ke satu kedai ni kat Sitiawan... Blackforest nama dia...Kat bawah ada kedai kek, so terus beli kek besday untuk Hana... Kat belah atas kedai ni ada cafe...macam2 menu jugak la ada...so kami pon terus suruh orang kedai tu bawak kek ke atas, then order sket makanan...tangkap gambar sket2...tu jer la celebration nya pon...:) yang penting Hana membesar dengan sehat, cerdik dan solehah...





Sunday, November 8, 2009

Sama Ke Tak Serupa???

Last Friday gi register kakak untuk masuk preschool next year...Skolahnya dekat sangat dengan rumah, so senang la maid nak ambik kakak tengahari...After survey beberapa buah tadika, rasanya yang ni la yang terbaik. Skolah ni ada macam2 bangsa, malay, chinese, indian..ada jugak budak German, Spain & Pakistan...So memang bagusla untuk kakak mix around..Masa register tu, headmistress dia bagitau kena sediakan 3 keping gambar pasport..so terus la gi tangkap gambar kakak...& seperti biasa la adik pun excited la nak ambik gambar pasport gak...yang lawaknya, jenuhla camerawomen tu suruh dia senyum..langsung taknak senyum...sampai ke sudah...yang kakak nya biasala kaki posing...so tengokla hasil pics diorang ni....sama ke tak??Yang sama off course la sebab dua2 girl...yang paling ketara perbezaannya tang rambut & mata kot...:)


Saturday, October 24, 2009

Puteriku Sayang



Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


Saturday, October 17, 2009

Specially Dedicated To My Little Princess Nur Hana Alesya...Happy 2nd Birthday Baby!!!

Harini, genapla umur Hana 2 tahun...serentak dgn deepavali la pulak...hehehe..Tak complete blog ni kalo takde special entry untuk baby manja ku Nur Hana Alesya Bt Mohd Rahmat. Dilahirkan pada 17 Oktober 2007, bersamaan 5 Syawal 1428H, jam 10.02 malam, juga di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Sama seperti kakak, pengalaman mengandung dan melahirkan Hana adalah sangat indah...Tapi macam biasala, husband memang jauh jugak sepanjang pregnantkan Hana. Masa tu aku kat KL, tinggal dengan kakak..manakala hubby plak kena balik bertugas di Lumut, Perak.
Si adik ni pun sama jugak dengan kakak, dilahirkan lewat daripada EDD..Kalo ikutkan, EDD nya adalah pada 12 Oktober 2007, iaitu sehari b4 1 Syawal...Kalau ditakdirkan bersalin awal, aku plan nak deliver kat Hospital Naluri, Wangsa Maju. Tunggu punya tunggu, takde apa2 tanda pun...So, 1 week b4 EDD aku pun balik kampung la...Suspen jugak kalo2 bsalin awal tak bleh la makan macam2 masa raya...Dah sampai di KB, terus la buat appointment dengan Dr pakar di HUSM..kali ni nak amik package bersalin dengan specialist...sebab company sponsor RM1500 utk normal delivery. Yang menariknya, package HUSM sangat murah kalo nak compare dengan private hospital yang lain, & of course equipmentnya memang complete...Masa 1st appointment dengan specialist tu 2 hari b4 raya. So, Dr tu kata, kalau takda apa2 sign, just datang seminggu lagi..maksudnya hari raya kelima la. Pada masa yang sama, kakak aku telah selamat deliver baby boy pada 8 Oktober (EDD nya 11 Oktober)..
So aku pun sempat la sambut Hari Raya dengan meriahnya...Pada 17 Oktober tu, macam biasa, takda apa2 tanda pun macam nak deliver hari tu...Ingat lagi, pagi tu aku siap basuh kain sampai 2 kali mesin, pastu jemur kain macam biasa, memandangkan appointment dgn Dr tu belah petang. Dalam pukul 3.30 petang, bertolak la kami 3 beranak (aku, hubby & Huda) ke HUSM...tak expect langsung dh dekat nak bsalin...Tunggu Dr dah kul 4++ baru jumpa...Checkup macam biasa...scan baby sehat...Dr tanya ada contraction tak, aku cakap biasa2 aje...tak kuat pun...B4 kuar dari bilik Dr, aku sempat tanya dia..baby macam kurang aktif tu kira normal ker....So Dr kata takper kalo gitu buat ECG terus lah...So proceed la buat ECG...Skali Dr. tu kata nampak macam ada contraction yang agak kerap...Aku cakap memang ada tp tak sakit pon, hehehe..siap bleh gelak2 lagik...So Dr kata takper dia nak check dilation la plak....Skali check..mak aih, dah 3 dekat 4 cm!!! And aku tak rase sakit pon...Masa tu dah kul 5++, so Dr tanya nak terus masuk labor room ke nak balik dlu...Kalo nak balik dia kata make sure datang selewat2 nya pukul 7...Aku pun decide nak balik umah kakak jap, kat sebelah HUSM jer...Sib baik la beg sume dh standby dalam keta...Balik umah kakak untuk makan & tukar 'uniform' jer la...& tinggal Huda kat situ sehelai sepinggang...kemudian baru la abang aku hantar baju & susu dia ke rumah kakak aku...sian Huda...Kul 7, terusla ke Labor Room...Dr check dah 5 cm...terus la dia pecahkan ketuban...still rase mild contraction...kira boleh tahan la sakitnya, tak perlu epidural pun...Dr. jangka pukul 12 kot baru deliver...dekat2 kul 10 tu rase mcm dh nak kuar sgt dah baby...kira okla sebab dah ada experience...akhirnya jam 10.02 malam lahir la Hana ke dunia... Alhamdulillah...kuar je masa Dr. letak dia atas perut, dia dah bukak mata pun..nak tengok Mama agaknya...& rambut dia yg basah tu nampak kerintingnya..hehehe...

Gambar Hana 2 jam selepas dilahirkan



Gambar semasa sambutan 1st birthday dan open house last year



Menjaga Hana sama jugak macam Huda, tak banyak masalah...cuma adik ni lagi terlebih manjaanya...& Alhamdulillah, sehingga umur dia 2 tahun ni, dia masih lagi breastfeeding..Memang khasiat susu ibu ni tiada tandingan..buktinya kedua-dua puteriku ini memang jarang sakit, brain development mereka pun lebih cepat compare to kanak-kanak sebaya dan mereka juga mudah dijaga, maksudnya mudah mendengar kata....so to those ibu2 kat luar tu, selagi boleh...berilah yang terbaik untuk anak2 anda!!! Allah dah anugerahkan kita sebagai ibu dengan anugerah yang sangat bernilai, jadi jangan sia-siakannya...Ni ada la pics Hana dari kecik sampai skang...masa deliver tu takda gambar sebab tak prepare untuk bersalin, so camera pun tak bawak..in fact hp aku & hubby pun abis betri sampai terpaksa call family guna hp Dr. untuk bagitau dah besalin..Malam tadi Kak Rena & anak2 dah datang umah bawak birthday cake untuk Hana...TQ K.Rena, Faiz, Fariz & Farhan!!!. Semoga Hana membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia & akhirat.

Gambar malam tadi, bersama kek birthday hadiah daripada auntie Arena & Anak2



Gambar terkini siang tadi..posing 2 years old!!!

Sunday, August 2, 2009

Specially Dedicated To My Beloved Princess Nur Huda Afifah

Nur Huda Afifah binti Mohd Rahmat... Nama yang kami pilih untuk puteri sulung kami... Puteri yang dilahirkan pada 1 Mei 2005 bersamaan 22 Rabiul Awwal 1426H, Ahad jam 11.47 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan.

Kelahirannya memang amat kami nantikan memandangkan ketika itu sudah hampir 2 kami mendirikan rumahtangga (31 Mei 2003). Memang selepas kahwin, ada niat untuk dapatkan kerja dulu sebelum anak. Alhamdulillah, kedua2nya datang serentak. Selepas disahkan pregnant, aku mendapat kerja...orang kata rezeki anak...
Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan 'kakak', aku tidak mengalami alahan teruk. Ingat lagi masa 5 week pregnant sempat lagi pegi pulau pangkor dengan ex roomate aku masa kat UTM (Lili), siap naik speed boat lagi ke pulau kecik sekitar pangkor..Alhamdulillah tiada apa2 masalah berlaku. Masa tu, husband bertugas kat kapal KD Perantau namanya...so memang selalu merantau la....Pernah sekali tu, masa tu aku pregnant lebih kurang 4 bulan, kapal belayar ke East, patotnya 2 minggu je..skali kapal rosak kat Sandakan. Apalagi, dari 2 minggu jadi 2 bulan. Masa tu baru pas raya ujung tahun 2004...bulan Januari 2005 barulah hubby balik...dah bertukar tahun. Nasib baik la masa tu ada kawan2 office seperti kak Jue & Mida yang selalu teman (masa tu diorang single mingle lagik) & juga student2 praktikal kat office seperti student2 PUO ( Fiza, Asma & Dayah) serta student2 USM (Imiey & the geng). So takde la risau sangat kan...

Mula2 plan memang nak bersalin kan kakak ni di Manjung saja, tak kisah la Hospital Seri Manjung ker, Hospital Angkatan Tentera ke...So 2 weeks before EDD, mak aku pun datangla from Kelantan. Tunggu2 tak jugak ada tanda2 nak bsalin...cool jer...Few days b4 EDD, mak mertua pun datang skali from Tapah Road. So duduk la dua2 tunggu kelahiran cucu nya (yang ke brapa belas ntah..sebab masing2 dah ada ramai cucu..maklumla aku & hubby kan dua2 anak bongsu..:))Tunggu punya tunggu tak keluar2 jugak sampai la EDD pada 24 April 2005. So gi Hospital, Dr kata kalau tak keluar jugak, 2 Mei kena admit. Mak aku plak duk ajak balik bersalin kat kampung jer... After discussion & mintak pandangan ahli keluarga yang lain, kami pun berangkat ke Kota Bharu pada pagi Sabtu 30 April. Mak Mertua pun ikot skali. Masa tu still takder apa2 tanda pun... Sampai la pagi Ahad, 1 Mei tu, pas solat Subuh, rase macam sakit pinggang tapi sket2 jer.. Maklumla masa tu takder experience lagik... Makin lama makn kuat sakit nya...tapi tiada langsung tanda2 lain seperti air atau darah. Sampai la petang, selepas Asar, terus la pergi ke HUSM. Masa tu abang aku yang bertugas di HUSM, husband & Mak ada bersama...Masa jumpa Dr. tu dah pkul 7 petang, Dr. check bukaan dekat 4cm..so teruslah masuk labor room. Alhamdulillah takyah la boring2 tunggu dalam wad.

Sebab bersalin di Hospital biasa, so yang jaga kat situ hanyalah nurse. Dr. plak akan raun sekali sekala..Sebab 1 st experience...ikot teori bukaan adalah 1cm 1 jam..so kalo ikotkan jam 1 pagi la kot baru deliver...Jam 10.00, dah rase macam sakit sangat, tapi aku tahan la jugak sebab ingatkan belum masanya...husband ada bersama dalam labor room tu...Dia pun mestilah suspen jugak sebab 1st experience...Tunggu punya tunggu, sampai la pkul 11.30 malam bila Dr. datang check...rupa2 nya bukaan dah full. Masa tu aku tgk Dr. & nurse kelam kabut baru nak kuar kan urine & etc...& baru nak ajar cara2 push...Alhamdulillah..selepas lebih kurang 15 minit, keluarlah puteri aku yang comel pada jam 11.47 malam...
Menjaga kakak memang sangat senang, dari dilahirkan sampai la sekarang sudah 4 tahun 3 bulan usianya...Kakak memang seorang anak yang cerdik lagi pintar...Nanti di entry akan datang aku akan ceritakan lebih banyak tentang kakak...Sekarang ni, boleh tengok gambar2 kakak dari kecil sehingga sekarang...:)

Baru saja dilahirkan



Ketika berusia seminggu



Kakak ketika berusia setahun lebih



Sambutan 3rd birthday bersama kawan-kawan di Nursery BMI...terakhir before pindah ke Manjung



Gambar terbaru....pantang nampak camera mesti terus bergaya

Wednesday, July 29, 2009

Kami Rindu Ayah





Kesian anak-anak Mama ni....
Tidur pun peluk kain ayah...sorang satu plak tu...macam syok giler la dapat peluk kain ayah..To anak-anakku...Thanks sebab memahami kerjaya ayah yang memaksa kita selalu berjauhan dengannya...Walaupun ayah jauh di mata, tetapi ayah sentiasa dekat di hati kita...Sebab anak2 Mama sangat cerdik & memahami, dah cukup untuk mengurangkan beban yang Mama tanggung sepanjang ayah tiada... InsyaAllah, suatu masa nanti kita semua akan bersama semula...Huhuhuu...To Abang, teruskan lah dengan tugas Abang sebagai wira negara (Cheewaahh...) Kami sentiasa menyokong mu!!! Cuma yang penting, jangan lupakan tanggungjawab terhadap keluarga yer...:) We love u so much!!!

Anak-Anak Ayah...

Anak-anak Dara Ayah ni memang manja sangat dengan Ayah...
Tengok la aksi2 manja diorang ni....kadang2 Mama pon jeles..yerla..diorang ni dah jadik 'orang kedua' & 'orang ketiga' dalam hidup Ayah & Mama...Apa pun, anak-anak dara ni adalah penyeri hidup kami....Tanpa diorang ni, rasa tak lengkap dah hidup kami... Mama & Ayah sayang sangat kat Huda & Hana









Saturday, July 18, 2009

Family Day @ Le Paris & Costa Rica

Hehehe...

Tgk Title macam gempak kan...Family Day UniKL MIMET this year sampai ke Paris & Costa Rica gitu....sebenarnya location hotel ni kat PD jer...:) Which was held on 4th-5th July. Nway sejak join UniKL, this is my 1st time dapat join Family Day..although dah 3 years working with UniKL (Hmm...happy 3rd anniversary with UniKL!!! 17th July 2006-17th July 2009)...Before ni macam2 halangan so memang tak pnah ada kesempatan nak join...Masa kat BMI dlu, tak jd join sebab baby Hana meragam...masa tu pon baru la sgt abis pantang, so tk brani sangat nk bwk jalan2...Last year Mimet nyer Family Day kat Lost World of Tambun pon tak dapat join coz ada class...So this year memang nekad la nak join jgk walau mcmane pon..tu yang sampai sanggup ponteng kelas!!! Kebetulan plak dah arrange awal2 suh hubby amik cuti...

Apa pun, kira best jugak la program Family Day ni...memang tak bleh nak compare dgn yg lain2 coz this is my 1st experience...cuma nya masa singkat sangat...2 days 1 night only...Antara program menarik..biasa la acara terjun kolam...aku tgk anak2 jerla berendam sampai merah2 mata & idung..si kecik Hana siap selsema lagik...memang brani betol dia..nak main kat tempat dalam jer....huhuhu...Blah malam plak ada dinner & lucky draw...Makanan nya tak menarik sangat, but hadiah lucky draw sangat banyak & bleh tahan jugak best nya...Aku yang slalunya tak bertuah ni pon dapat jugak that night...dapat ceiling light yang cantik....tapi lom pasang la lagik kat umah....

Pastu malam tu ada jugak pertandingan MIMET Next Top Model untuk anak2 staf...aku tak sempat nak register kan 2H(Huda & Hana) sebab masa diorg bukak registration beberapa hari b4 Family Day tu, aku tgh cuti...Huda punya la sedih tak dapat naik pentas dengan kawan2 dia...Anyway, takperla...walaupun anak2 mama tak masuk pertandingan, tapi pada mama anak2 mama tetap anak2 yang paling comel, cerdik, pintar, good girl & yang baik2 jerla...hehehe:)

Hari Ahad ada sukan...enjoy la jugak aktiviti2 nya....Congratulations to All Committee members. Next Family Day mungkin lagik best lah sebab MIMET baru jer tubuhkan Kelab Kakitangan...So, enjoy the pics!!!

Acara mandi kolam





Dinner...Melaram abis anak2 dara aku ni...





Saturday, June 27, 2009

One Happy Family!!!

I bought these fridge magnet at a booth during the UniKL Students Sports Carnival which was held at UniKL MIMET last week. Memang cute sangat fridge magnet ni..so i asked the 'tuan kedai' to write down our names on each of the magnet....Tadaaa.....

Bermula dengan 'AYAH'......



Yang cute ni mesti la 'MAMA'.....



Ditambah dengan kakak 'HUDA' yang comel.....



Diserikan dengan si kerinting 'HANA'.....



Jadilah kami.....One Happy Family!!! Loving and Caring....