Geram!!!Sakit ati & terkilan
Susah nak cakap, tapi inilah hakikatnya...deal dengan businessman/woman Melayu memang banyak songeh compare to bangsa lain...Thats happen to me!!!Yup, kita memang seboleh2nya nak deal dengan bangsa sendiri..ayat tipikal yang slalu kita dengar 'siapa lagi nak tolong bangsa kita kalau bukan kita sendiri'...Tapi kalau bangsa sendiri yang merobohkan kepercayaan orang...apa lagi yang kita bleh buat???
Memang tak dinafikan, ada company Melayu yang bagus...contohnya kontraktor yang pernah buat renovation kecil2lan kat rumah aku seperti tambah stor & awning...Memang servisnya bagus dan tak pernah mintak duit satu sen pun...sehingga habis kerja pun kami yang contact company tersebut untuk buat payment.
Pengalaman kedua...deal dengan kontraktor berbangsa Cina untuk buat kitchen cabinet. Servis nya memang sangat effective & efficient. Dia amik beberapa % deposit, then janji akan start pasang selepas 1 month. Yang aku kagum, 1 day b4 sebulan, dia dah call nak set time untuk pasang cabinet. Dan sepanjang tempoh menyiapkan kerja, memang takde mintak additional $$$ sehinggalah kerja2 settle.
Pengalaman ketiga yang buat aku serik adalah deal dengan agen pembantu rumah...Rasanya tak perlula aku mention nama agen tersebut..cuma sesiapa yang nak tau, blehla tanya personally dan aku akan bgtau apa yang terjadi in detail....Antara perkara yang sangat tak patot adalah :
1) Janji nya dengan jumlah RM5XXX, semua urusan akan diselesaikan oleh agen. Just bayar RM3XXX jer, then yang lain settle apabila semua urusan selesai. Malangynya, asal contact jer, mintak duit..asal contact jer..mintak duit. Kerja tak selesai lagik...aku dah bayar RM5XXX, tinggal beberapa ratus jer yang belum settle.
2) Selalu melengah2kan urusan. Ada juga janji agen yang akan uruskan (seperti ambil calling visa di imegresen), sekali tak ditepati & aku terpaksa menguruskannya sendiri.
3) Yang paling teruk, petang semalam...agen datang untuk bg pasport & borang pendaftaran FOMEMA. Masa tu aku still kat office...sangat bz sebab next week ada audit by MQA...Agen tu mintak aku bayar lagik untuk urusan Visa di Indon (sebab maid ni masuk melalui visa pelancong, then baru agen uruskan visa pekerja nya di Indon). Memandangkan aku dah byr RM5XXX, so aku sms la bgtau yang aku akan bayar when semua urusan selesai (after settle FOMEMA & Stiker pekerja di Imigresen). Sekali, agen tu call (masa tu dia dah sampai depan umah & aku still kat office), mengugut untuk ambil balik maid & tak akan bagi pasport...Bayangkan, seorang businesswoman boleh tengking, ugut & jerit2 kat customer!!! Dia memang berani buat sebab dia tau husband aku takder di rumah... Apalagi, aku & kawan2 pun terus bergegas dari office..yang aku terharu sangat, ramai kawan2 yang datang walaupun aku tak ajak, just untuk bagi support..termasuklah Deputy Dean!!! (Baru aku tau kawan2 di MIMET sayang jgak kat aku...huhuhuu...Thanks to DD, Kak Rena, Dayang, Mona, Sarah, Ezan & Hawa for the support!!!)...OTW baliktu, Kak Rena call Tina (my maid, pesan kat dia jangan bukak pintu sampai kami tiba...Aku plak call hubby..then hubby call agen tu..Masa kami sampai, agen tu dalam keta,maybe tengah online (by phone) dengan hubby...Memang dia muka terkejut jugak la tengok ramai giler supporter aku...Memang lama dia dalam keta, barula brani keluar...Rupa2nya masa hubby call..dia memang melenting & marah2...so hubby aku pon bantai la balik...pastu barula cool down & terangkan satu2...Hubby kata, bukan kami tak nak bayar...cuma nak tunggu sume settle jer...Then, bila dia turun..aku pon discus dengan dia, aku mintak dia bagi sume resit2 payment, & persetujuan dicapai..memang aku bayar la urusan visa tu, cuma balane beberapa ratus lagik tu aku hold la dulu (kalo ikot kan dia dari awal lagik nak suh bayar sume)..gile ape...keje tak settle nak suh bayar sume....
Kesimpulannya, memang nilah kali pertama & terakhir aku deal dengan agen tersebut...next time memang akan cari agen lain dah. BTW, so far maid memang OK, harap2 memang dia OK la sampai abis contract nanti pun...Memang banyak kes yang pernah berlaku kat kawan2...ada tu dapat maid baik, tapi agen buat hal, sampai sudah tak dapat permit kerja...so bela illegally laa...yang lagik satu plak...agen ok tapi maid plak buat hal...
Sape2 ada experience??boleh share sesama...