Tuesday, December 29, 2009

Permata Ayah Bonda

Permata Ayah Bonda
Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara

Ingat lagi dulu..masa mula-mula jejak kaki ke UTM Jun 1998, biasa la pelajar baru mesti kena lalui minggu orientasi...Di UTM masa tu, ia dinamakan Minggu Haluan Siswa (MHS)...Masa tu kat Kolej Tun Fatimah (KTF) atau nama lamanya Kolej 2 atau Kolej Belian, sepanjang MHS ni memang sentiasa diputarkan lagu nasyid Permata Ayah Bonda ni...Masa ni punya la syahdu..asik teringat kat parents jerla..maklumla baru 1st time duk hostel, jauh plak lagi....masa form 4 masuk MRSMPC sekejap sangat, terus nak balik...so terpaksala keluar dari situ...ntahla kenapa masa tu tak bleh duk hostel..rase sakit jer...mungkin masa tu mainan perasaan je kot...yang lebihnya sebab manja la agaknya...

So masa hantar ke UTM tu, nampak la mata mak berkaca, sedihla agaknya nak tinggalkan anak bongsu dia...Pesan mak "kali ni kena tahanla duk asrama jauh2 ni, kalu tak tahan jugak lepas ni tak bleh study dah la"...Alhamdulillah, boleh survive, maklumla masa tu pun dah matang..Setiap kali teringat kat mak & ayah...bolehla pergi telefon...pastu kat bilik layan la lagu-lagu nasyid yang berunsurkan ibu bapa...seperti Permata Ayah Bonda, Terima Kasih Ibu Ayah, Ayah Ibu dan macam-macam lagi la lagu-lagu nasyid yang sewaktu dengannya..

Kini, mak dah pergi buat selama-lamanya..benar, lepas sebulan pemergiannya, makin terasa kehilangannya...Kalau sebelum ni, seminggu atau 10 hari sekali mesti telefon dia...bercakap panjang lebar....tapi kini...kalau terasa rindu padanya....tiada lagi telefon yang boleh menghubungkan aku dengannya....hanya doa dan airmata...Al-Faatihah...

Saturday, December 26, 2009

...Back To QA...

Baru balik dari UniKL CQA Retreat 2009 @ BellaVista Hotel, Langkawi. Retreat tu started from 22nd December till 24th December 2009. Program full tapi tak stress sangat pun...Macam biasala, Audit Post mortem, development of SOP, pembentangan budget 2010, pembahagian tugas Executive QA, meeting CQA dan program2 sepanjang tahun 2010 akan datang...

Agaknya memang dah ditakdirkan Allah S.W.T post yang sesuai untuk aku adalah QA kot...Dah elok2 handle Admission & Records kat MIMET, tetibe je diarahkan kembali ke QA, walaupun belum ada official letter from HR, tapi InsyaAllah bulan Januari 2010 ni bermulalah tugas baru...

Suspen jugak nak ambik alih QA ni...Walaupun ni adalah kali ketiga pengalaman sebagai QA...tapi ketiga-tiganya membawa tugas yang berbeza. 1st job masa kat D'Aquarian Services (M) Sdn. Bhd. Seri Manjung dari 2004 till 2006 dulu, memang position as QA Executive. Masa tu skop kerja QA adalah untuk buat inspection kat spare part yang telah direpair oleh Technician...Kebanyakannya adalah equipment untuk communication system in the ship seperti radar & transceiver..Masa ni bukan terer sangat pun, maklumla baru 1st experience kerja...Yang terer adalah technician2 yang buat repair tu, yang terdiri daripada ex2 navy yang memang banyak experience...Credit to them!!! Pastu company kecik, memang banyak benda yang kena buat...masa tu company tengah plan untuk dapatkan ISO certification, so kena involve jugak dalam aktiviti membuat procedures, audit dan sebagainya...selain tu ada la jugak kena prepare tender, buat finance report pun pernah jugak..

Bila berhenti kerja dari company tu untuk pindah ke KL, nampak la iklan position QA Executive kat UniKL BMI. Requirement dia masa tu memang nak orang engineering, ada experience ISO. So, saja la try apply...Alhamdulillah dah rezki, dapat la pulak...Kat BMI memang tugas penuh jadi document controller untuk ISO...memang banyak jugak kerjanya especially on documentation, audit and customer satisfaction... Alhamdulillah dapat jugak buat tugas tersebut dengan jayanya...From 2006-2008.

2008, dapat transfer ke UniKL MIMET...Alhamdulillah walaupun punya la susah process nak transfer tu, tapi dapat jugak selepas lebih kurang setahun apply. Masa tu tak kira la nak bagi post apa pun, asalkan dapat transfer balik ke Seri Manjung...Kat MIMET memang dah ada QA Executive, and memang belum dapat ISO certification lagi...QA focus on Academic process. Mula2 HR kata nak suh handle Exam Unit + prepare untuk ISO, last2 diletakkan kat Admission & Records sebab kebetulan executive A&R nak berhenti....So terpaksa la buat kerja2 baru lagi...Walaupun sebelum tu tak pernah langsung involve dengan system yang digunapakai untuk A&R...memang tak pernah gi training or guna pun system tu and staff sebelum tu pun tak sempat hand over sepenuhnya before berhenti...Tapi sebab dah diamanahkan, kita cuba la buat yang terbaik...Alhamdulillah dapat juga selesaikan tugas2 yang diberi...


Kerja-kerja A&R ni best jugak.. Seronok dapat buat pemilihan student, kenal dengan student & parents diorang sebelum diorang masuk UniKL, organize registration day memang buat kita rasa happy. Tup-tup dalam bulan 10 hari tu, terdengar pulak desas-desus nak kena pindah ke Unit QA...sebab Executive QA yang asal promoted ke Academic Affairs... Nak duduk kerusi panas QA memang bukan calang-calang orang sebab kerja QA memang agak mencabar dan workloadnya agak banyak...QA di sini banyak involve dengan academic process seperti process nak dapatkan kelulusan untuk mengendalikan program, akreditasi dari MQA, external examiner untuk program, control of curriculum structure dan sebagainya...Dulu2 ada la jugak involve sket2 dengan benda2 ni masa kat BMI, tapi masa tu focus lebih kat ISO. So, again, tugas QA yang bakal diambilalih ni adalah tugas baru... Harap2 dapatla buat yang terbaik...InsyaAllah kat mana pun kita duduk, apa pun tugas yang diberi, kalau kita kerja dengan ikhlas kerana Allah, pasti akan ada balasan yang setimpal...

Balik ke progam retreat kat Langkawi nun, memang seronok juga sebab sambil kerja boleh jalan2... CQA siap allocate kan satu bilik untuk setiap peserta, so senang la sape2 nak bawak family...So cam biasala angkut skali la dua puteri kesayanganku... tapi lagi syok kalau hubby ada skali, bleh la cuti-cuti, takyah la angkut bibik..Actually ni kali ke 3 jejak kaki ke Langkawi, 1st masa tahun 1995 kot, 2nd time 2004, g bersama2 dengan family kakak & arwah mak skali...

Bella Vista Hotel yang boleh tahan...



Kami bertolak from Manjung 22 Dec jam 5.30 pagi, naik van MIMET, driver hantar ke Kuala Perlis...Kebanyakan peserta from campuses lain naik flight jer...Program bermula malam, kami sampai tengahari...pas check in jer relax2 dulu..penat bangun awal sangat...belah petang tu terus jalan2 kat dataran helang...

"Burung Belang-belang"....Kata Hana...



2nd day, program start at 8.30 a.m...Sume semangat berkobar2 nak siapkan cecepat setiap sessi sebab tak sesabar nak gi jalan2...Tapi masing2 memang fokus masa setiap sessi...syabas to all QA's...memang sesuai la dengan title masing2 sebagai orang yang jaga kualiti...hehehehe...petang jalan2 lagi..biasa la msti kena pegi tempat favourite orang pompuan iaitu Idaman Suri...Tak beli pun pinggan mangkuk, just usha dulu....beli sket coklat & beg comel untuk anak-anak jer...Pastu g ke Kedai Coklat Haji Ismail Group (HIG), baru la borong coklat macam2...yummy...

Chocolate Heaven...



Last day...program macam biasa cuma abis awal sket sebab banyak benda yang dapat disetelkan awal...apa lagi, terus la checkout awal-awal then jejalan ke Pantai Chenang...pastu g kedai pinggan mangkuk HIG, beli la satu dinner set & casserole...kena bli troli kecik untuk angkut barang...petang kul 5.30 baru naik feri..sampai kuala perlis driver MIMET dah tunggu...dalam pukul 11 malam baru sampai Manjung..Alhamdulillah..

QA Team yang sporting & supportive...



More pictures @ Facebook

Sunday, December 20, 2009

Cameron Oh Cameron

Tahun ni boleh la dikategorikan sebagai 'Tahun Melawat Cameron Highlands' kot bagi aku...mana tak nya..tahun ni aje 4 kali aku naik ke Cameron untuk tujuan berbeza...

Actually mula jatuh chenta dengan Cameron ni since 2007...masa tu abang kesayangan aku Dr Rosli convo kat USM (Pakar ENT), so balik dari convo tu dia organized family trip to Cameron Highlands...sewa Banglo @ Rumah Peranginan Persekutuan...Banglo ni memang besar & selesa, tapi sewanya murah..tapi bukan sebarang orang yang bleh sewa banglo tu...ikot kategori jugak la dalam perkhidmatan awam...ada jugak bilik biasa & apartment...tapi yg pasti kena booking awal sebab sentiasa full....Masa tu memang seronok sangat sebab adik beradik ramai yang join, termasuk la arwah mak yang sangat teruja bila tengok sayur-sayur segar, bleh pluck sendiri lagik...So apa lagik siap buat steam boat sendiri la kat banglo tu...Masa tu aku prgnantkan Hana dah masuk 8 months..so memang tak daya la nak jalan sangat...orang gi petik strawberry aku tido jer kat banglo...hehehe...Sejak tula mula suka dengan Cameron ni..padahal b4 tu dah bertahun duk kat Lumut tak pernah la plak terfikir nak jejalan kat Cameron...Masa 2007 tu still stay kat KL...



Last year, 2008 plak...tetiba je rase nak g Cameron jugak masa weekend...Kebetulan pulak masa tu kakak kesayangan aku, Dr. Hanisah yang tengah buat Pakar Psikiatri skarang ni kena keje kat Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ipoh...Masa tu dia stay kat Ipoh dengan anak-anak & maid dia jer...sebab hubby dia bertugas kat HUSM Kubang Kerian...So aku & hubby pun jemputla kakak, anak-anak & maid dia...naik la ke Cameron lagik...Masa tu hari Sabtu, stay kat Country Lodge Apartment kat Brinchang...syok jugak jalan2 kat pasar malam Brinchang tu...walaupun masa tu musim ujan, pelancong tetap ramai...



Tahun ni pulak..tak disangka-sangka 4 kali dah ke Cameron Highlands...Yang 1st aritu rasenya pernah dah citer kat entry before ni...Masa tu memang saje gi bercuti dengan hubby & anak-anak...



Then tetiba kat office plak...masa meeting decided nak kena buat curriculum review workshop untuk program2 yang ada secepat mungkin...kami di Academic Affairs & QA ditugaskan untuk jadi secretariat...the participants adalah lecturers...So, kami pun pergi la survey tempat yang sesuai...0n 12th November aku, kak rena & mona ke Cameron untuk survey hotel-hotel...sempat la jugak gi jalan2 & beli sayur jap...



Pastu...on 14th November lepas, UiTM plak organized XPDC gunung brinchang untuk student out campus...mulanya tak confident gak nak panjat gunung..maklumla b4 ni mana ada xperience..bukan tak minat tp tak berpeluang..zaman skolah dulu pun bukan ada aktiviti2 lasak..maklumla skolah arab kan...& yang tak disangka2, dapat jadi 1st lady yang sampai puncak!!!Congrates to myself...hehehe...yang sampi 1st lecturer yg bawak ktrg naik..memang dia biasa panjat gunung la...& 2nd pun lecturer UiTM gak...3rd person adalah aku...huuhuhu..



Last skali...0n 14th-17th December, panjat lagik Cameron untuk curriculum review workshop tu....tempat yang kami pilih adalah Star Regency Hotel, betul-betul kat tengah pekan Brinchang tu, opposite the tapak pasar malam...memang best & strategic sangat tempat dia...& yang best sebab musim cuti skolah so pasar malam memang ada tetiap hari....ramai jugak participants yang bawak family....overall memang o.k la tempatnya dengan budget yang terhad kan...workshop jugak berjalan dengan lancar...Alhamdulillah sume participants begitu bersemangat dan komited...Kalo nak tgk pics, banyak upload kat FB...



Syabas & Tahniah to all MIMETian...cuma pasni banyak lagik la keje nak kena setel...tapi takper...yang penting kita kerja kerana Allah..dengan niat yang ikhlas...insyaAllah ada ganjaran yang akan menanti..tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, di sini atau di akhirat kelak...

Saturday, December 19, 2009

Masa Itu Emas...Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H

Sedar tak sedar...Masa berlalu dengan begitu pantas...Kita sudah berada di tahun baru Kalendar Islam...1431H...dan 2 minggu lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi 2010 pula...Dan, seiring dengan peredaran masa, usia kita juga makin bertambah tanpa kita sedari sebenarnya...dan begitu jugalah...terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup kita seusai peredaran masa...ada kisah suka, duka, sedih, gembira, kejayaan dan kegagalan yang bersilih ganti...Sedarkah kita, semua pengalaman yang kita lalui ini adalah episod pembelajaran yang mematangkan kita...

Kadang-kadang, kita begitu asyik dan leka dengan kehidupan dunia yang penuh warna, kita begitu sibuk mengejar urusan dunia, harta kekayaan dan kebendaan, kita begitu bangga bercerita tentang kehidupan dunia yang indah-indah yang pernah kita lalui...Lalu, pernahkah kita muhasabah diri sambil mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH Subhanahuwataala di atas segala yang telah kita lalui...Pernahkah kita insafi tentang segala yang kita miliki itu adalah datang daripadaNYA...atau kita hanya mendabik dada dan bangga dengan kejayaan dan kekayaan yang kita perolehi...sehingga kita hampir-hampir lupa kepadaNYA....

Semoga kehadiran tahun baru ini akan memberi sinar kepada kita semua...Semoga kita semua sentiasa menjadi orang yang bersyukur di atas kurniaan ALLAH yang tidak terhingga...yang mengurniakan kita umur yang panjang sehingga masih boleh bernafas di muka bumiNYA ini...dan di atas nikmat IMAN dan ISLAM yang dianugerahkanNYA kepada kita... Semoga kita semua berada dalam golongan orang-orang yang terpelihara, yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat... Ya...kita diutus ke muka bumi ini untuk menjadi khalifah ALLAH yang memakmurkan....Maka bekerja dan berusahalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah seperti kita akan mati esok hari...Ingatlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara: SIHAT sebelum SAKIT, MUDA sebelum TUA, KAYA sebelum MISKIN, LAPANG sebelum SEMPIT, HIDUP sebelum MATI...

Saturday, December 5, 2009

Irtihal....1938-2009

Alfaatihah...Janji Allah itu pasti berlaku...setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal...tiada yang dapat mendahulukan mahupun menangguhkan saat itu..Dan saat yang paling menyedihkan dalam hidupku dan ahli keluarga yang lain telah ditentukanNya... Pada tanggal 30 November 2009, bersamaan 13 Zulhijjah 1430H, jam 2.40 pagi, insan yang paling ku sayangi, yang telah melahirkan aku ke dunia ini telah dijemput mengadap Allah Yang Maha Esa...

Sedih....sangat sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata, namun sebagai hamba yang beriman kepadaNya, kita tidak mampu melawan takdir Allah...Ibuku, Allahyarhamah Mek Embong Ismail adalah insan yang sangat istimewa dalam hidup kami....Dari Rahimnya lah lahirnya 9 orang putera dan puteri....dengan pengorbanannya jualah kami membesar dengan penuh jerih perih dan kami mengenal dunia ini...

Ibuku yang kami panggil 'Mok'...amat payah untuk menjelaskan dengan kata-kata betapa insan kerdil ini hidup dalam penuh ibadah dalam membesarkan anak-anaknya...'Mok' yang buta huruf dan tidak pernah mendapat pendidikan formal inilah yang mendidik anak-anak, membanting tulang empat kerat bersama-sama 'ayoh' sehingga kami semua menjadi anak-anak yang terpelajar dan terdidik...Dari rahimnya telah lahir beberapa orang guru, beberapa orang doktor, pengurus dan jurutera...

Sesungguhnya Allah itu bersama-sama dengan orang yang sabar...dan 'Mok' telah membuktikan janji Allah ini adalah benar....berkat kesabaran 'Mok' membesarkan anak-anak di dalam serba kedhaifan dan kemiskinan, Allah telah membalas kesenangan kepadanya...Berkat kesabarannya jualah 'Mok' dapat menghadapi ujian Allah yang telah mengujinya dengan penyakit paru-paru kronik yang telah dideritainya sehinggalah ke akhir hayatnya....Dan sesungguhnya redha Allah itu bersama 'Mok' sehingga ke hujung nyawanya yang pergi dengan begitu tenang, di sisi suami, semua anak-anaknya dan hampir semua cucu-cucunya.

KepadaMu Ya Allah...Kami panjatkan doa semoga roh bonda ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman yang Engkau janjikan syurga Firdausi...KepadaMu jua kami memohon agar segala dosa dan kesalahan yang telah kami lakukan terhadap bonda dapat diampunkan...dan Engkau ampunkanlah jua dosa-dosa kedua2 orangtua kami..kerana Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang beriman, yang sentiasa patuh kepada segala suruhanMu dan meninggalkan laranganMu....Hanya doa dan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang menjadi penghubung kami dengan insan yang paling kami kasihi dan sayangi ini...Alfaatihah buat bonda...

Hari Raya AidilFitri Terakhir...



Saat yang tak mungkin dapat kami ulangi lagi....




Hari Raya Aidiladha Tahun Lepas...Aidiladha Keempat Tahun ini 'Mok' pergi tak kembali lagi