Monday, February 1, 2010

Syuruk

Last Saturday....tengah2 bz siapkan assignment IT (yang tak siap2 lagik pun...) dengan Kak Nik kat rumah...tetiba Kak Nik tanya satu soalan yang takde kena mengena pon dengan assigment IT yang tengah dibuat tu....

Kak Nik : Eh Fiza, Kak Nik ni lamo doh nok tanyo, tok tringat sokmo...Waktu syuruk tu gapo maksud dio eh...Waktu abis Subuh ko, 10 minit pas abis Subuh???

Fiza : Err...(dengan nada yang penuh tak confident)...rasonyo waktu abis Subuh la deh..Eh, takpo Kak Nik, mari kito search sket kat internet pasal Syuruk ni...sebelum ni tak terpikir la pulok...

Maka aku pun guna la kecanggihan IT (yang memang ada related dengan assignment IT kitorang tu la)...Maka, daripada beberapa perbincangan yang ada kat website tu...inilah jawapannya...

Waktu syuruk iaitu 28minit selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg. 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk. Syuruk bermakna terbit matahari, ianya memang termasuk dalam 5 waktu yang diharamkan solat.

5 waktu haram solat ialah:
1- Selepas solat suboh hingga terbit matahari (syuruq)
2- Dari syuruq hingga naik matahari sekadar anak panah iaitu lebih kurang 20 minit.
3- Matahari tengah terpacak di perut langit (bayang2 di bawah kaki)
4- Selepas solat asar hingga terbenam matahari
5- Dari terbenam matahari hingga solat maghrib

Macamana pulak kalu tetiba terbangun lewat, masa tu Subuh dah abis, tapi masih dalam waktu syuruk...boleh ke terus qada' solat Subuh itu??

Jawapannya: Boleh, malah wajib. Solat Subuh itu menjadi wajib apabila anda terjaga, jadi tidak boleh dilengah2kan solat subuh itu. Yang tak boleh solat antara subuh dan dhuha tu ialah solat sunat. kalau solat yg wajib (contoh terjaga masa syuruk tapi belum solat subuh), perlulah dikerjakan.

Sekadar satu renungan dan ilmu untuk diri sendiri. Kalau sesiapa nak kongsi info sangat2 dialu-alukan...Wallahua'lam...

** Kak Nik adalah rakan sekerja aku, yang bergelar Manager Finance & Administration...Kak Nik juga adalah rakan sekelas aku yang sama-sama bertungkus-lumus untuk menghabiskan MBA kami...InsyaAllah...

5 comments:

  1. Assalamualaikum akak, saya nak tumpang komen di sini.. Ada perkara yang saya tak faham tentang perkara di atas. Soalan saya ialah, 1. Ketika waktu syuruk, kita diharamkan untuk bersolat melainkan solat wajib seperti solat subuh yang tidak dilaksanakan secara tak sengaja.. Soalannya ialah, adalah solat wajib yg dibenarkan dilakukan pda waktu syuruk termasuk solat qada' zohor?
    Soalan 2. Minta penjelasan lanjut ttg waktu haram solat yg kedua tu..adakah maknanya selepas waktu syuruk, kita masih tidak boleh melakukan solat? Maknanya waktu kita tidak boleh melakukan solat sunat ialah 28 minit (syuruk) campur 20 minit (selepas syuruk) ?maka, dlm 48 minit itu kita tidak boleh mlakukan solat sunat?
    Soalan 3: waktu haram solat yg keempat itu, akak mengatakan bahawa selepas solat asar hingga terbenam matahari, kita diharamkan solat... Soalannya ialah solat sunat sahaja ke yg haram dilakukan pda waktu tersebut? Selain itu, apa makna "selepas solat asar" pada waktu haram solat yg keempat tu? Adalah maknanya selepas azan asar, kita langsung diharamkan utk solat sunat?

    Itu sahaja soalan saya..mohon dijawab secepat mungkin..dan mohon akak jawab setakat yg termampu.. Maaf menyusahkan akak dan terima kasih.. -by adek yg khilaf- 21 nov 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. lps solat asar tak boleh solat sunat apa2.. yg boleh hanya qadho' sahaja.. tolong jawabkan.. hihi

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Nak tanya, bila tersedar tu dan nak tunaikan solat Subuh, perlu niat sbgai tunai ataupun qada?

    ReplyDelete
  3. Bile dah terjaga masa syuruk tu boleh ke kalau sebelum tunai solat subuh tunai solat sunat subuh dulu

    ReplyDelete
  4. Maaf, sedikit pembetulan..

    Waktu yang diharamkan solat ada 3 shj.

    No 1 dan 5 yang disebutkan tidak termasuk.

    Yang diharamkan (utk solat sunat kecuali tahiyyatul masjid):

    1. Bermula terbit matahari (syuruk), hingga matahari segalah (20-40 min selepas syuruk/Dhuha)
    2. Ketika matahari tegak di atas kepala (bayang tepat di bawah), hingga gelincir matahari (Zohor)
    3. Selepas seseorang menunaikan solat Asar, hingga terbenam bentuk bulat matahari (Maghrib)

    ReplyDelete