Monday, February 1, 2010

Syuruk

Last Saturday....tengah2 bz siapkan assignment IT (yang tak siap2 lagik pun...) dengan Kak Nik kat rumah...tetiba Kak Nik tanya satu soalan yang takde kena mengena pon dengan assigment IT yang tengah dibuat tu....

Kak Nik : Eh Fiza, Kak Nik ni lamo doh nok tanyo, tok tringat sokmo...Waktu syuruk tu gapo maksud dio eh...Waktu abis Subuh ko, 10 minit pas abis Subuh???

Fiza : Err...(dengan nada yang penuh tak confident)...rasonyo waktu abis Subuh la deh..Eh, takpo Kak Nik, mari kito search sket kat internet pasal Syuruk ni...sebelum ni tak terpikir la pulok...

Maka aku pun guna la kecanggihan IT (yang memang ada related dengan assignment IT kitorang tu la)...Maka, daripada beberapa perbincangan yang ada kat website tu...inilah jawapannya...

Waktu syuruk iaitu 28minit selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg. 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk. Syuruk bermakna terbit matahari, ianya memang termasuk dalam 5 waktu yang diharamkan solat.

5 waktu haram solat ialah:
1- Selepas solat suboh hingga terbit matahari (syuruq)
2- Dari syuruq hingga naik matahari sekadar anak panah iaitu lebih kurang 20 minit.
3- Matahari tengah terpacak di perut langit (bayang2 di bawah kaki)
4- Selepas solat asar hingga terbenam matahari
5- Dari terbenam matahari hingga solat maghrib

Macamana pulak kalu tetiba terbangun lewat, masa tu Subuh dah abis, tapi masih dalam waktu syuruk...boleh ke terus qada' solat Subuh itu??

Jawapannya: Boleh, malah wajib. Solat Subuh itu menjadi wajib apabila anda terjaga, jadi tidak boleh dilengah2kan solat subuh itu. Yang tak boleh solat antara subuh dan dhuha tu ialah solat sunat. kalau solat yg wajib (contoh terjaga masa syuruk tapi belum solat subuh), perlulah dikerjakan.

Sekadar satu renungan dan ilmu untuk diri sendiri. Kalau sesiapa nak kongsi info sangat2 dialu-alukan...Wallahua'lam...

** Kak Nik adalah rakan sekerja aku, yang bergelar Manager Finance & Administration...Kak Nik juga adalah rakan sekelas aku yang sama-sama bertungkus-lumus untuk menghabiskan MBA kami...InsyaAllah...

Thank You My Special Gadget!!!

Agak lama dah tak update blog ni...sebab bulan Januari tersangat la bz yang amat....OK..nway started about 2 weeks ago, i've decided not to pump BM anymore...Yerlah "baby" Hana pun dah 2 years & 3 months...so nak ajar dia minum FM la pulak...kalau Hda dulu 2 yrs 3 months dia dh stop terus bf...sebab masa tu pun hana dah 7 months dalam kandungan...So skang ni dh takder stock BM dah dalam fridge & tak bawak dah pump ke hulu ke hilir..Sedih la jugak rase tapi OK la kot sebab Hana dah besar pon..cuma malam2 dia masih nak bf lagik...main-main ajer la...

Thank you very much to my special gadget...Spectra 3 breast pump yang sangat membantu sepanjang process bf my baby...Walaupun kena usung ke sana ke mari, tapi ia sangat praktikal...senang diguna & tak pernah ada problem sepanjang lebih kurang 2 yrs menggunakannya...in facttak penah p service pon...(walaupun advisable to service once in 6 months), sebab susah sket nak servis, pusat service nya kat Subang Jaya....Tapi accesories dia ada la jugak tukar, senang jer nak dapat just shop thru online...Pasnih dah tak guna pump ni, bleh la service & simpan untuk kegunaan akan datang....or kalo ada sesapa yang nak pinjam, sangat dialu-alukan...:0

My Special Gadget...:)




Zaman banyak stock kat dalam fridge...:)

Monday, January 4, 2010

1st Day Of School

Hari ni ambik cuti khas untuk hantar kakak ke sekolah...Kena bangun awal sketla nak prepare bekal untuk kakak, sebab kat skolah tak disediakan makan...Pastu kejut dia bangun awal untuk mandi dan bersiap....sib baik la tak meragam, bersemangat nampak kakak nak ke sekolah...Tengah siap-siap tu adik pun bangun jugak...so bawakla adik sekali ke sekolah hantar kakak...Sekolah nya dekat la sangat dengan rumah, tapi naik keta la jugak...

Masa sampai tu dah ramai parents kat luar tengah monitor anak masing-masing...Kakak sampai je terus nak masuk dalam, takde masalah langsung, Alhamdulillah...Memang ada jugak la dengar suara-suara tangisan kat dalam tu...Hari ni cikgu kata boleh release awal...around 10.30 a.m. dah boleh jemput...So balik umah jap antar adik, kemudian keluar ke Navy Base nak bayar kutu Vantage, pegi pasar beli ikan & sebagainya... Settle sume dah pukul 10++, lalu depan sekolah kakak, terus la drop ambik dia...Hari ni aktiviti kakak is colouring...Esok mungkin blaja alphabet plak...Headmistress dia kata nak tengok skill budak2 dulu, baru boleh allocate kat mana...sebab ada budak 5 years yang advance boleh terus lompat ke kelas 6 years..Yang dah kenal alphabets boleh terus masuk reading class...Hopefully kakak akan jadi pelajar cemerlang...hehehe...

Dah ready nak ke sekolah



Ni last week masa dapat uniform...adik pun sibuk nak pakai uniform kakak...layankan jerlaa...